01 ♥︎ Different lifestyle

13.4K 751 197
                                    

♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎





          Pen hitam berjenama Pilot aku letak di atas buku notaku setelah penat menyalin nota ringkas daripada buku rujukan. Tulis nota ringkas pun masih banyak info dan maklumat yang kena dimasukkan. Kiranya jadi nota padat la juga.

          Keluhan berat dilepaskan. Haih... penat juga hidup sebagai pelajar matrikulasi ni.

          Oh ya, lupa nak perkenalkan diri. Kot kot ada yang belum kenal aku ke kan? Nama aku Airil Najmi. Baru 19 tahun. Muda lagi. Muka pun boleh tahan handsome. Okey, tak tak. Gurau je hahaha.

          Hari ni minggu terakhir aku di Matrikulasi Selangor. Lepas tu, aku akan sambung ijazah di universiti pula.

          Sejak habis zaman sekolah menengah ni, hidup aku berubah 50%. Kenapa 50% saja? Sebab nak kata aku belajar 24 jam sehari, itu aku dah biasa buat masa zaman SPM dulu. So, masih sama. Cuma yang tak samanya, aku sekarang dah malas nak buka telefon. Malas nak mesej atau call orang. Tak ada apa yang menarik pun. Game pun aku dah jarang main. Bila ada masa lapang sajalah aku main.

          Tapi sebagai pelajar matriks, nak cari masa lapang tu memang susah weh. Belajar sepanjang masa je sebab memang tempoh di matriks cuma dua semester saja yang bersamaan dengan satu tahun. Ada juga yang ambil selama empat semester. Jadi nak kena belajar macam-macam non-stop selama setahun tu. Bagi aku, tak adalah stres mana pun belajar ni. Dah terbiasa.

          Okey, letak tepi semua benda tu.




          Aku mencapai Iphone X aku dan menekan aplikasi WhatsApp setelah unlock face ID. Nama seseorang dalam senarai kenalan aku tekan dan membaca mesej lama antara kami berdua.





Ikan 🐠🧸

27 June, 8:46 pm

Hai awak

Lama kita tak chat dah kan?

Rinduuu! 🤧

Mesti kau dah busy kan? Banyak assignment kena buat :(

Aku pun banyak kerja tapi malas nak buat huwaaaa...

28 June, 5:48 am

Hahah tulah. Aku busy sekarang ni

Malas nak bukak fon sebab tulah aku lambat reply

Sorry

Ada masa nanti kita chat k?

7:02 am

Hurm okayy... 🥺

Awal gila kau bangun

Aku rindulah zaman sekolahhhh 😭😭😭

Bangun awal, mandi nak ke sekolah, duduk kat meja sekolah, belajar dalam kelas, rehat, loceng waktu balik

Huwaaaa~!! 😭😭😭💔💔💔💔

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now