♡ Can't Stop Loving You ♡
Masha-Allah (╥﹏╥)
Happy 100k reads for CSLYYY! ヽ(;▽;)ノ 💘✨ semalam actually dh dpt.
Also, this is the 50th chapter of CSLY! Can't believe we all reached this far with Ainril! (and the other characters as well) 🥲 seriously thank you so much sebab setia dengan kitorang, Floral 🥺💓 you're all da best! (;▽;) 👍✨
Ok, tanpa membuang masa lagi... happy reading, Floral! 🕊
Hari yang baru hadir seperti kebiasaan. Habis sahaja kelas pada pagi itu, Airil bercadang untuk pergi ke rumah ibunya sebentar bagi mencari fail kertas kerjanya yang dia pasti tertinggal di sana.
Petang semalam, dia telah cuba mencarinya di rak dan kabinet pejabat dia namun tidak dijumpai. Airil pun memutuskan untuk mencarinya di rumah Puan Dina kemudian tetapi terlupa pula pada akhirnya. Lepas tengok wajah pensyarahnya pagi ini, baru teringat akan kertas kerja tersebut.
Pintu kereta Lexus dibuka sebelum Airil masuk ke dalam lalu menghidupkan enjin. Lelaki itu mula memandu dengan cermat keluar dari kawasan universiti. Tangan kanannya memegang stereng kereta sementara sebelah tangan lagi direhatkan pada pahanya.
Tiba-tiba telefonnya yang tersimpan di dalam kocek seluar dia bergetar apabila seseorang membuat panggilan. Airil pun mengeluarkannya dan terus menjawab setelah melihat nama pemanggil.
"Helo."
"Helo, Airil. Are you free now?" Suara Clarissa kedengaran di hujung talian.
"Um... not really, Rissa. I busy sikit sekarang. Why?"
"Don't be lying to me. I know your class ended already right? You got nothing to do now, right?"
"How'd you know my class ended?" Airil senyum pendek dengan kening bertaut sedikit.
"Are you serious, Airil? You're the one who told me your morning class ended at 11:00 am the other day. Takkan you dah lupa?"
"Oh, ye ke? Ahahah, sorry. Lately ni banyak dalam kepala I, so cepat lupa jadinya. Uh.. kenapa you tanya ni? Nak jumpa I ke?"
"Yep. Pretty pleaseee! I wanna spend most of my time with you before my summer break ends. Please, Airil, pleaseee!" Suara Clarissa semakin meleret.
"My god, takyah la buat suara macam tu. Not cute at all. Uwerk.." seloroh Airil.
"Ishh, you're always mean to me!"
"Hahahah! Sorry not sorry.. mekk.." memang tabiat Airil, suka membuat-buat bunyi bila bercakap dengan sepupunya.
"Hish.. tak nak kawan la."
"Okay, I letak eh?"
YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Roman d'amour『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...