♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎
Mata Ain terkedip-kedip. Tergamam mendengar bait kata suaminya.
"Lawat.. Faizz?" Dia meminta kepastian lalu dibalas dengan anggukan kepala Airil.
"Nak lawat bila? Tengah hari? Malam?" Airil memberi peluang kepada isterinya membuat keputusan.
"Em... kalau tengah hari.. abang ada kelas kan? Malam... Izz selalu tidur awal sekarang. Selalu pukul sembilan, dia mesti dah tidur, kata mak sunya."
"Oh.. taklah. Tengah hari abang takde kelas."
"Oh. Tapi saya ada."
"Lah."
Masing-masing bungkam sebentar. Memikirkan bila waktu sesuai untuk pergi menziarahi Faizz.
"Kita pergi petanglah. Lepas kelas habis je, tengok dia terus." Cadang Ain.
Airil mengangguk. "Boleh. Pukul enamlah macam tu."
"Mm." Angguk Ain dengan senyuman comelnya yang menampakkan lesung pipit pada pipi kanannya.
Pipi Airil pula yang membahang melihat senyuman itu, terus dia mencium-cium segenap wajah isteri membuatkan Ain tergelak.
♥︎•♥︎•♥︎
Tamat sahaja kelas Airil pada jam 5:35 petang, dia mengambil Ain dari fakulti wanita itu dan terus ke Subang Jaya Medical Centre, sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, mereka pun melangkah ke lif dan naik ke tingkat enam di mana wad Izz terletak.
Tok tok.
Pintu wad diketuk sebelum Ain dan Airil menapak masuk ke dalam dan melihat Puan Fatima dan Arni ada di dalam sedang menziarahi Izz. Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah pasangan suami isteri yang baru masuk itu.
"Ha, sampai dah diorang. Bolehlah kita balik ya?" Puan Fatima berkata sambil menyimpan telefon bimbit di dalam beg tangan.
"Eh, takpe. Kita duduk sama-sama jelah mak su." Balas Ain, tersenyum.
"Tak apalahh.. memang kami rancang nak balik pun lepas awak datang. Lagipun lama dah kami duduk sini. Dari pukul tiga lagi." Jelas Puan Fatima.
Izz memandang Arni yang termenung sebentar.
"Hm. Tak nak balik lagi ke?"
"Tch." Tajam Arni memberi renungan maut kepada Izz yang senyum sinis. "Nak balik la ni.." balasnya sambil berdiri dan menyandang beg pada sebelah bahu.
'Suka malukan orang depan orang lain.'
Bisik hati gadis itu.
"Byeee." Izz melambai pada Arni dan Puan Fatima yang sedang berjalan ke pintu wad.
"Byee.." balas Arni perlahan.
![](https://img.wattpad.com/cover/224984127-288-k951279.jpg)
YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romans『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...