43 ♥︎ "Mak su sayang Izz."

2.8K 381 203
                                    

♥︎  Can't Stop Loving You  ♥︎





          Keesokan harinya, Ain ke universiti untuk sambung pengajiannya di semester baru. Sebenarnya dia sudah sambung pengajiannya beberapa hari sebelum hari perkahwinannya. Dan pada hari-hari tersebut merupakan hari yang penuh memenatkan dan menyebabkannya stres memikirkan mengenai kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah, persiapan hari perkahwinannya dan juga keadaan sahabatnya, Izz.

          Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah berjaya disiapkan dan dihantar sebelum dateline. Hari perkahwinannya berjalan dengan lancar dan keadaan Izz pula semakin baik.











          Harap sangatlah... bagaimana agaknya keadaan Izz sekarang ni?

          Ain terfikir ketika sedang berjalan di koridor universiti. Terlupa sudah ke mana dia hendak menuju.

          Tiba-tiba, telefonnya di dalam beg berdering menyentakkan dia dari lamunan lantas gadis itu pun mengeluarkannya dan melihat nama suaminya tertera di skrin. Laju dia slide skrin ke kanan untuk menjawab panggilan tersebut.

"Helo~" katanya lalu berhenti berjalan sebentar.

"Helo, sayang. Dah habis kelas? Lunch jom." Suara Airil di hujung talian tak pernah gagal memikat hatinya walau sudah berkali-kali mendengarnya.

"Dah. Ni tengah jalan keluar bilik kuliah la ni. Nak lunch? Boleh boleh. Saya tunggu kat pintu depan okey?"

"Okeyy. Jumpa nanti, sayang."

"Alright." Panggilan dihentikan dan baru Ain sedari bahawa dia tersenyum sepanjang perbualan mereka.

Dia akui bahawa dia sudah lama jatuh cinta dengan Airil sejak berumur 20 tahun. Namun sering kali dia menepis dan menafikan perasaan tersebut kerana berasa seperti ianya mengarut dan kelakar. Ada perasan dekat lelaki menjengkelkan? Kawan baik sendiri pula tu. Tak kelakar ke?

Mungkin tak kalau lelaki itu sweet dan prihatin orangnya. Dan tika dia berumur 21 tahun, selepas meluangkan masa bersama dan melayan kerenah lelaki itu sepanjang persahabatan mereka, dia yakin bahawa telah terbit satu perasaan lain dalam hatinya.

          Sampai di pintu utama universiti, dia menunggu Airil untuk tiba setelah selesai urusan pelajar dengan pak cik guard di pondok guard. Beberapa minit menunggu, kereta BMW yang dikenalinya kelihatan di hadapan universiti lalu dia pun melangkah ke arah kereta tersebut dan menapak masuk.

          Airil mula memandu ke destinasi yang ditujuinya untuk makan tengah hari bersama isterinya.





♥︎•♥︎•♥︎





"Bila awak sambung sem? Tak acilah awak dapat cuti lama." Gurau Ain semasa dia dan Airil sedang makan di sebuah restoran.

"Dua minggu depan lagi. Nasib ah saya dapat cuti lagi lama. Heheheh." Airil gelak jahat.

"Eleh... suka dia eh?"

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now