♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎
"Adik! Kerja sekolah dah siap ke belum?? Ibu dah kata kan! Jangan main Ipad selagi tak siap kerja!" Puan Dina berleter kepada Wawa yang sedang meniarap di atas sofa sambil menekan-nekan skrin Ipad.
"Alaa kejaplah, ibuuu. Malam nanti adik buatlahh." Jawab Wawa yang berambut lurus paras bahu itu.
"Kejap kejap kejap. Dari semalam kejapnya. Bagi Ipad tu! Ibu rampas! Selagi tak siap kerja, selagi tu tak dapat balik. Bak sini!"
Melihat Puan Dina yang semakin mendekati, Wawa terus bangun dan melarikan diri.
"Najwa! Ibu kata sini, sini!" Lantang suara Puan Dina.
"Alaaa nantilah, ibuuu!" Wawa menekan butang pause dan memegang erat Ipadnya. Riak wajahnya risau jikalau Ipad dia dirampas ibunya.
"Apa nanti nanti?? Semalam kata nanti, kelmarin nanti, hari ni nanti! Sampai ke kiamat nanti. Kau bagi sekarang." Dengan nada mengugut Puan Dina menuturkan ayatnya.
Maka terjadilah situasi berkejaran di sekitar rumah tingkat bawah. Kaki Wawa laju melarikan diri mendaki anak tangga ke tingkat kedua rumah. Puan Dina yang melihat anak perempuannya itu menaiki tangga berhenti daripada mengejarnya.
"Heih, larilah lari. Nanti ibu dah dapat, sampai bila-bila tak dapat semula Ipad tu." Garang Puan Dina berkata.
Degil betul Wawa ni. Lain pula dengan anak lelaki sulung beliau yang sentiasa menurut arahan apabila diperintah. Timbul pula perasaan rindu terhadapnya.
Puan Dina melangkah ke ruang tamu bagi menenangkan diri dengan menonton TV. Inilah dugaan mendapat anak yang enggan mendengar arahan. Banyak bagi alasan.
Rancangan Sinetron ditonton Puan Dina manakala Wawa pula turun ke bawah dengan senyap-senyap kerana ingin mengambil charger Ipad yang tertinggal di suis bersebelahan meja panjang ruang tamu. Setelah berjaya mendapatkannya, kanak-kanak itu segera berjalan laju ke tangga dan menaikinya dengan cepat. Akibat berjalan terlalu pantas, kakinya tersilap langkah lalu tubuhnya terjatuh berguling-guling ke bawah.
Buk!!
Puan Dina dikejutkan dengan bunyi hantukan di tangga diiringi tangisan anak perempuannya yang kuat.
"Astaghfirullah.. adik!" Terkejut beliau apabila melihat Wawa yang terbaring di hujung tangga lantas berlari mendapatkan kanak-kanak tersebut.
♥︎•♥︎•♥︎
Izz menapak masuk ke dalam sebuah kedai makan dan melangkah menuju ke meja yang diduduki Ain dan Farah.
"Hai." Sapanya.
"Ha, sampai pun kau. Ingatkan sesat tadi." Kata Farah kepada Izz yang baru sahaja duduk di hadapan tempat duduk dia dan Ain.
"Memang pun.. aku round round tadi cari mana kedai yang korang cakapkan tu. Nak cari parking pula satu hal." Izz membalas.
"Hahahaha kau tak pernah ke makan kat sini?" Ain bertanya. Kalau korang curious kedai makan mana mereka sedang berada, mereka sekarang berada di Miss Blossom's Cafe.
"Tak.. ni kafe yang kau kerja tu kan? Kau tak kerja ke?" Izz menyoal.
"Bukan sekarang. Syif aku petang sampai malam."
YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romansa『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...