60 ♡ Untaian cinta, kian terlerai

1.5K 202 155
                                    

Can't Stop Loving You



          Dua hari kemudian...

          Tchk! Eek.

          Pintu rumah ditolak oleh Puan Fatima sebelum beliau melangkah masuk ke dalam dengan satu plastik makanan di tangan. Setelah menutup pintu, plastik makanan yang dibeli diletakkan di atas meja makan. Beliau pun menyusun langkah menuju ke bilik anak saudaranya.

          "Izz? Meh makan meh. Acu ada belikan Izz-" terhenti ayat Puan Fatima saat melihat sekujur tubuh terlantar di atas lantai dalam keadaan meniarap.

          Pintu almari baju Izz terbuka dengan beberapa pil bertaburan di atas lantai. Air kosong tumpah dan kelihatan beberapa serpihan kaca di tepi gelas minuman yang pecah.

          "Ya Allah, Izz!" Beliau pun bergegas mendapatkan Izz lantas membaringkan jejaka tersebut bagi melihat keadaannya.

          Mata Izz terpejam rapat dengan wajah yang agak pucat. Bertambah panik Puan Fatima melihat Izz tidak sedarkan diri.

"Astaghfirullah." Terus beliau keluar bilik bagi mendapatkan telefon bimbitnya dalam beg tangan di atas meja makan. Pihak ambulans ditelefon.



♥︎•♥︎•♥︎



          Tut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Tut..

Tut..

Tut..

Tut..



Bunyi monitor jantung kedengaran di segenap ruang wad. Dokumen kesihatan dalam pegangan tangan Puan Fatima dibaca dengan perasaan sangat berat hati ingin mempercayai apa yang dibacanya. Masuk kali ini, sudah kali ketiga beliau membacanya bagi memastikan apa yang dibacanya tepat dan tidak silap.



NAME: FAIZZ DANIEL BIN MOHAMAD YUSUF
I/C NUMBER: 021201-10-xxxx
— PHYSICAL EXAMINATION
— INVESTIGATIONS
— ULTRASOUND
; DIAGNOSE FOR PANCREATIC CANCER

DATE: 18 FEB 20XX

DR. ESTHER LEE
(ESTHER'S CLINIC)



          '18 Februari... hari ni 13 hari bulan lapan. Kenapa dia perlu perlakukan diri sebegini? Sedangkan proses pembuangan tumor dapat dibuang dengan mudah sekiranya dia membuat diagnosis dengan lebih awal.'

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now