27 ♥︎ Tak marah pun

2.2K 334 83
                                    

♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎





          Ain Qaisara

"Lepas ni nak ke mana pulak?" Tanya Hanif yang baru sahaja membuang bekas yogurtnya ke dalam tong sampah berdekatan dan duduk di sebelah Airil.

"Aku rasa..balik kot." Jawab Airil dan mengetap sudu dalam mulutnya selepas yogurtnya habis licin.

          Aku pandang je dia ni. Dari tadi dia langsung tak nak pandang aku. Heih, aku tak tahu pula dia boleh terasa dengan kata-kata aku tadi. Aku bergurau je kot. Hurm..

"Balik dah? Baru sejam lebih kita keluar ni." Hanif melihat jam tangannya.

"Kalau korang nak teruskan pergilah. Tapi aku nak kena balik dah. Baru teringat ada kerja aku belum siapkan." Kata Airil tanpa memandang. Sudu digesek-gesek pada bekas yogurt.

          "Kerja apa?" Hanif bertanya.

          "Adalah kerjanya.. kau dah siap dah. Takyah risau." Kata Airil malas.

          Makin aku rasa serba salah melihat Airil yang seperti ingin melarikan diri daripada aku.

          "Okey. Korang pula macam mana? Nak teruskan atau balik?" Pandangan dihalakan oleh Hanif kepada aku dan Farah.

          "Aku ikut je. Ain, kau macam mana?" Farah memandang aku.

          Semua pun sibuk macam mana macam mana.. macam tulah.

          "Bukan tadi kau kata nak beli barang untuk bilik kau ke?" Tanyaku kepada Farah.

          "Oh ha'ah laaa. Jom weh pergi Mr DIY." Ajak Farah lalu bangun dan menarik tanganku sampai fly aku.





          Dia ni tak habis-habis tarik tangan aku dah pahal? -_-"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







          Dia ni tak habis-habis tarik tangan aku dah pahal? -_-"

          "Korang nak ikut tak???" Farah berhenti mengejut dan melepaskan pegangan tangan lalu aku pun terpelanting ke depan.

KUAJOR MINAH NI EYY SABOR JELAH.




Dia memandang Hanif dan Airil yang masih duduk di meja tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Takpelah, kitorang balik U. Korang jelah pergi." Balas Hanif dengan suara yang dikuatkan agar Farah dapat mendengarnya.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now