♡ Can't Stop Loving You ♡
Cuti semester pertama sudah pun bermula. Ain sedang mencari baju yang selesa untuk dipakai pada hari Jumaat yang mulia ini. Sepasang t-shirt hijau muda dan seluar track hitam dikeluarkan dari almari lalu disarungkan pada tubuh. Tuala dililitkan pada rambutnya dan dibiarkan di atas kepala bagi menyeringkan rambutnya yang lembap. Dia duduk di atas katil sambil ibu jarinya menatal skrin telefonnya melalui post demi post dalam aplikasi Instagram.
Bosan.
Tiada apa yang menarik.
Dia memandang skrin atasnya melihat jam yang menunjukkan pukul 1:52 petang. Tadi dah bangun dah pukul 10 pagi. Pukul 1 lebih baru nak mandi. Haih... selagi nama anak dara, memang sama ada bangun lewat ataupun malas mandi.
Aplikasi WhatsApp ditekan pula. Dia membalas mesej-mesej yang perlu dibalas. Salah satunya, mesej mengenai assignment yang diberi oleh pensyarah-pensyarah dalam group tertentu. Sedih. Cuti pun banyak kerja yang diberi. Tak dapat nak rehat sikit otak ni.
Kemudian dia nampak status seseorang sedang online. Laju dia membuka ruangan mesej tersebut lalu mula menaip.
Airil 🐒💩
Hai :3
Beberapa minit berlalu, mesej gadis itu pun dibalas.
Airil 🐒💩
Hai :3
Nak apa?
Dah habis solat jumaat?
Belum. Aku tengah sujud ni
ಠ_ಠ
Apa? Betullah
Lawak sangat
Dah tu? Yang kau tanya soalan bodoh kenapa
Saja
Aku bosanlah
So kau nak aku buat apa?
Dah bosan terus cari aku
Apa kau pikir aku ni tempat kau lepaskan bosan kau ke?
Eh eh emo pulak dia HAHAHAH
Takdelah. Mana ada :P
Kau patutnya bersyukur tau aku ingat kau dulu daripada orang lain
Whatever 😒
Ni aku tanya ni kau nak apa
Entah
Aku randomly text kau do HAHAH
....
![](https://img.wattpad.com/cover/224984127-288-k951279.jpg)
YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romansa『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...