05 ♥︎ Ibu

3.9K 526 49
                                    

♥︎  Can't Stop Loving You  ♥︎





          "Weh, aku nak balik rumah jap. Nak ambil barang." Airil bersuara sewaktu dia sedang duduk di sebuah pondok bersama Ain, Hanif dan Farah pada suatu petang.

          "Balik rumah kau? Nak ikut! Nak ikut! Weh, aku rindu Wawa do." Laju Ain bangun daripada duduk menyebabkan Farah di sebelah tersentak.

          "Rilek ah weh. Terkejut aku. Halamak... tak sabar nak tinggalkan aku nampak?" Katanya seakan-akan merajuk.

          "Eheheh sorry weh. Aku nak ikut pergi rumah dia kejap. Kau duduk dengan Arni kejap k?"

          "Masalahnya kau nampak ke dia kat sini?"

          "Err... tak. Heheh, kalau macam tu kau duduk dengan Anep jelah."

          Hanif yang sedang main telefonnya mengangkat muka bila nama dia disebut.

          "Apa ni?" Soalnya keliru.

          "Kau tengok. Duduk kat sini pun dia masih tak dengar perbualan kita. Macam mana kalau korang pergi nanti? Lagilah anggap aku macam tak wujud." Farah berleter.

          "Hahahah. Aku nak ikut Airil pergi rumah dia jap. Kau temanlah Farah k?" Jelas Ain kepada Hanif yang blur itu.

"Eh, siapa kata kau boleh ikut?" Airil bersuara membuatkan Ain terus memandangnya.

"Ala, bolehlahhh. Kau ni jahat laaa..."

"Ha tengok tu. Usik sikit, dah buat muka. Fikir ada orang nak kesiankan ke?"

Hanif kembali menatap telefonnya bila dia tahu pertengkaran kecil antara Ain dengan Airil akan bermula.

"Bolehlah weh. Aku nak jumpa Wawaaa. Nak jumpa ibu lagi."

"Masih lagi panggil mak aku macam mak dia."

"Biarlah. Dah ibu yang suruh. Aku ikut jelah."

"Whatever. Dah, jomlah. Nanti lambat pulak."

          "Yay. Kitorang pergi dulu tau. Bye~"

          "Bye." Farah membalas dan sambung membuat kerjanya.

          Ain mengikuti Airil keluar dari pondok menuju ke tempat letak kereta di mana kereta BMW merah Airil terletak. Mereka masuk ke dalam setelah kunci pintu kereta dibuka lalu Airil memandu keluar dari kawasan universiti.


















          "Anep, aku nak pergi toilet jap. Kau tunggu sini tau." Kata Farah sambil bangun dari bangku.

          "Ha okey. Eh, mana diorang pergi?" Hairan Hanif bila melihat Ain dan Airil hilang dari pandangan.

"Bodoh la kau ni. Kan Ain dah kata dia ikut Airil balik rumah kejap. Kau dengar ke tak tadi?" Geram pula Farah dengan lelaki di depannya ini.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now