♡ Can't Stop Loving You ♡
Hai assalamualaikum
Chapter ni panjang daripada chapter yang sebelum ni.
Sebab i rasa bersalah biar korang tergantung sepi lama-lama. Pastu bagi fake hope byk pulak tu ajsgjajajja
Berapa words?
✨ 4340 ✨
And yeah.. sorry.
Tak perasan pulak dh dekat 2 bulan tak update JAHSJAJAJA LAGI SEKALI???/&;& 😭😭😭😭 SORRY SANGAT SANGATTTT
Happy reading everyone :) 💐❤️
Keesokan harinya, Ain melangkah masuk ke dalam kereta BMW merah milik Airil yang sudah terletak di luar halaman rumahnya setelah bersiap-siap. Lelaki itu memerhati saja gerak geri gadis tersebut yang sedang menutup pintu kereta itu.
"Lambat betul kau ni. Buat apa kat dalam lama-lama tu?" Soal Airil malas.
"Eh lambat apanya? On time aku keluar rumah kan?" Ain memandang Airil pelik.
"Kau lambat 57 saat. Buang masa tahu tak menunggu kau jalan melenggang? Dahlah nak kena pilih barang nanti lama."
What the fish this guy? Minta penampaq ka?
Bisik hati Ain selepas mendengar kemerapuan lelaki di tempat duduk pemandu itu.
"Kau okey tak, Airil?" Tanya Ain bersama jelingan membuatkan Airil tertawa kecil.
"Okey je hahahah." Airil membalas sambil tangan kirinya menukar gear lalu mula memandu menuju ke pusat beli-belah di bandar itu.
Ain pula memalingkan pandangan ke luar tingkap menikmati pemandangan bandar tersebut pada pagi yang tenang itu. Jalan raya tidak terlalu sibuk pada hari ini memandangkan hari ini hari Ahad.
"Besok birthday Wawa? Tak perasan pula aku dah masuk bulan baru." Ujar Ain memulakan perbualan dalam kereta yang sunyi itu.
"Iyeee, esok birthday diaaa. Kau nih.. aku bagitahu Wawa yang kau lupa birthday dia." Airil membalas sambil memandang jalan raya di depan.
"Ala, janganlahhh. Nanti dia sedih kang. Ish, kau ni. Aku tak nak tolong kang."
"Yelah yelahhh. Dia ni orang main-main pun takleh."
"Takleh." Kata Ain selamba.
Airil di sebelah sudah menggulingkan matanya.
Perangai dia ni masih sama macam dulu. Tak ubah-ubah.
♥︎•♥︎•♥︎
![](https://img.wattpad.com/cover/224984127-288-k951279.jpg)
YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romans『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...