14 ♡ His pets

3.7K 467 131
                                    

Can't Stop Loving You





Permintaan Wawa menyebabkan semua orang di dalam rumah itu terdiam. Airil dan kedua-dua orang tuanya tercengang. Tak tahu nak cakap apa dah sebab sebelum ni Wawa asyik tanya saja bila Ain akan tinggal bersama mereka lagi. Sudah berkali-kali Airil jelaskan bahawa gadis tersebut tinggal dengan mereka sebelum ini hanya kerana ingin belajar bersama-sama. Tetapi ianya seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja bagi Wawa.

          Ain memandang Puan Dina dan Encik Suhaimi sekilas sebelum kembali memandang Wawa.

          "Tinggal dengan adik? Urm... bukan akak tak nak tapi akak ada kerjalah nak kena siapkan." Kata Ain lembut bagi memujuk kanak-kanak di depannya.

          "Yelah adik.. Kak Ain ada kerja nak kena buat. Lain kali jelah Kak Ain tinggal sini eh?" Puan Dina menyelit.

          Wajah Wawa pun menjadi muram.

          "Ala... hari tu pun ibu kata lain kali. Hari ni pun kata lain kali. Tak sukalah macam niii." Wawa berkata dengan nada sayu.

          "Akakkk... jomlahhh. Tinggal dengan adikkk.. hari ni kan birthday adik. Kata nak kasi special gift untuk adik." Wawa menarik-narik tangan Ain.

          Mendengar ayat kanak-kanak tersebut membuatkan Ain berasa serba salah pula.

          "Adik rindu nak main dengan akak lagi tau.. jomlahhh." Sambung Wawa lagi.

          "Yelah yelah... nanti akak fikirkan, okey? Sebab akak ada kerja nak kena buat."

          "Okey! Janji tau akak tinggal sini."

          "Ye ye, akak janji. Tapi bila tu tak tahu lagilah ya?"

          "Okeyyy. Yeayyy! Kak Ain nak tinggal rumah kita lagiii!" Wawa bersorak gembira dengan kedua-dua tangannya diangkat ke atas sambil memandang ibu dan ayahnya.

          Puan Dina dan Encik Suhaimi yang melihatnya cuma tersenyum manakala Airil pula menggeleng kepala dengan air muka kosongnya.



          Kalau bukan sebab birthday kau, takdenya Si Ain ni nak accept tau. Heih, Wawa.. Wawa..

          Hati Airil berbisik.

          "Okeylah, kitorang nak kena balik dah ni. Mesti parents kitorang tengah risau hehe. Ain nak minta maaflah sebab parti ni sampai lewat malam. Mesti ibu dengan ayah rasa terganggu kan nak rehat tak boleh." Ucap Ain dengan riak wajah bersalahnya.

          "Eh takpelah, Ainnn. Ibu sebenarnya happy bila Ain dengan Farah buat parti ni. Rasa bahagia bila tengok Wawa tersenyum lebar. Tak pernah lagi ibu tengok dia happy macam hari ni tau." Puan Dina berkata membuatkan hati Ain dan Farah lega sedikit.

"Hehehe alhamdulillah. Bersyukur kitorang Wawa suka. Ingatkan balik-balik tadi dia kepenatan, nak tidur terus. Rupanya masih bertenaga hahahah." Farah membalas.

"Kan. Risau aku do." Ujar Ain seraya tangan kanannya menggalas beg galas berjenama Puma dengan telefon bimbit miliknya dalam pegangan tangan kiri.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now