24 ♡ "Kurang garamlah!"

2.6K 342 153
                                    

Can't Stop Loving You





Salam ramadan hari ke-22 🌙 dah nak raya dah.. huwaa... (﹏╥)

Banyakkan beribadah pada 10 malam terakhir ini okey ❤️ yang datang haid pun masih boleh perbykkan ibadah. Berzikir, berselawat, bantu dalam menyediakan juadah sahur dan buka puasa, baca terjemahan al-quran dan byk lagi 🌹





Ain dan Farah berjalan menuju ke bilik masing-masing di blok yang berlainan. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Farah berjalan dengan rakannya yang lain yang menginap di blok sama sepertinya.

"Korang, boleh tolong aku tak?" Salah seorang daripada sekumpulan rakan Farah bersuara. Husna namanya.

"Apa dia?" Tanya Farah.

"Ni ha." Husna mengeluarkan beberapa pamflet lalu diberikan kepada rakan-rakannya sambil mereka sekumpulan berjalan menuju ke bilik.

"Kumpulan aku akan adakan satu program melibatkan masyarakat setempat untuk join minggu depan. So.. boleh tak kalau aku nak minta tolong korang ajak kawan-kawan atau family korang join? Terbuka untuk golongan 13 tahun ke atas sahaja. Dua ke tiga orang pun jadilah." Jelas Husna.

Farah dan yang lain membaca pamflet yang diberi seorang satu oleh Husna tadi.





"Masterchef?" Salah seorang daripada mereka membaca tajuk pamflet tersebut iaitu Alya.

"Ha'ah. Pertandingan Memasak. Boleh eh? Boleh eh?" Pinta Husna dengan mata bersinar meminta simpati.

"Ooo okey okey. Nanti aku ajak kawan aku." Farah berkata aambil matanya masih membaca maklumat pamfletnya.

"Boleh boleh. Aku pun joinlah. Setakat memasak je, kacang hijau jelah." Alya berkata lalu mencalit hujung hidungnya lagak sombong.

"Eh, ni bukan calang-calang pertandingan tau. Akan ada tetamu special untuk jadi juri k. Tak baca ke bawah dia? Haa... jangan confident sangat." Husna membalas sambil tersenyum.

"Wah.. serius ah?" Farah macam tak percaya. Melihatkan gambar empat juri yang terpampang dalam pamflet yang dipegangnya, memang benar kata-kata Husna.

"Fuh.. memang gempak ah program korang. Kena join ni. Sabtu depan kan?" Siti, seorang rakan lagi bertanya selepas membaca info-info pamflet yang dipegangnya.

"Yep. Datang tauu. Kasi meriah sikit program ni. Tak nak daftar untuk join memasak pun takpe. Korang jadi penonton. Lagi ramai, lagi best."

"Okeyy. Don't worry. Kitorang mesti akan dat- ahhhh!!"

Terjerit mereka berlima apabila terjatuh dalam longkang besar. Tulah, jalan tak pandang depan lagi abahhahah.





♥︎•♥︎•♥︎





"Lerrr.. Miss Blossom ke salah seorang jurinya?" Soal Airil yang sedang membaca pamflet yang ditunjuk Farah tadi. Rata-rata Miss Blossom ni nak menyempit.

"Ha'ah. Jom join nak? Husna kata dia punya tempat tu macam tempat masterchef. Alah, yang dalam TV tu. Jom weh." Farah menepuk tangan Ain di sebelahnya.

"Boleh boleh. Jom." Ain memandang Airil dan Hanif, mengajak dua lelaki itu untuk turut serta juga.

"Malaslah. Aku mana reti masak." Balas Airil.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now