02 ♡ Is it really you?

4.4K 580 119
                                    

Can't Stop Loving You





Beberapa minggu berlalu, tiba hari untuk Airil sambung pembelajaran ijazah di sebuah universiti di Shah Alam. Setelah selesai orientasi, Airil berjalan beriringan dengan rakan baiknya, Hanif Irfan menuju ke kafeteria untuk mengisi perut.

Oh, lupa nak bagitahu. Hanif berdaftar di universiti sama seperti Airil juga. Nampaknya mereka memang ada tali hubungan yang tak dapat diputuskan. Kawan sejak sekolah rendah la katakan.

          Pintu kafeteria ditarik ke luar lalu mereka berdua mengatur langkah masuk ke dalam.





♥︎•♥︎•♥︎





          Ain Qaisara menyusun langkah menuju ke pintu utama kafeteria setelah membeli roti kegemarannya. Dia berjalan melepasi dua orang lelaki yang baru saja masuk ke dalam kafe tersebut. Matanya tanpa sengaja bertembung dengan mata salah seorang daripada mereka berdua sambil langkahnya masih diteruskan keluar dari kafe. Pada masa yang sama, keningnya bertaut bila memandang wajah lelaki itu. Terhenti langkah dia bila berada di luar kafe.




          Wait, apasal muka laki tu macam...

          Hati Ain tertanya-tanya.




          Macam dia..?






          Orang sekeliling sudah memandang Ain pelik. Yelah, dah kenapa berdiri macam tunggul kat tengah-tengah jalan dengan dahi berkerut?

          "Eh bukan bukan. Kau salah tengok tu." Tutur gadis itu sendiri lantas meneruskan langkah ke tempat yang ditujui.


          Kau rindu dia sangat ni. Tu yang sampai tersalah tengok. Haih, gila hang.





♥︎•♥︎•♥︎





          Saat mata Airil bertembung dengan mata seorang gadis, jantungnya tiba-tiba berdetak laju. Dia memandang sehinggalah gadis itu keluar dari kafe. Wajahnya jelas keliru dengan apa yang dilihatnya.




          Is that her? Aku tak salah tengok kan?

          Tanya hati dia.

          "Oi, kau pandang siapa tu? Cepatlah beratur sini." Tegur Hanif, menyentakkan Airil.

          Jejaka itu terus berjalan mendekati kawannya dengan wajah yang masih dalam kekeliruan.

          "Takde ah. Kau perasan tak perempuan tadi nampak macam siapa?" Soal Airil.

          "Perempuan mana? Siapa?" Hanif menyoal semula.

          "Tadi yang lalu depan kita tu."

          "Oh... tak perasan pulak. Apasal?"

          "Akuu... entahlah. Dia nampak macam... macam orang yang aku kenal. Tapi takkan la dia?"

"Macam siapa tu?" Soal Hanif ingin tahu.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now