26 ♡ Overprotective?

2.2K 334 38
                                    

  Can't Stop Loving You 





This chapter i skip ke tahun berikutnya so that korang tak bosan lambat sgt plot klimaks. So starting for now on... Ainril dah 21 tahun 🤍✨





          Beberapa bulan berlalu...

          Semester demi semester tamat.

          Hari ini, Ain sedang keluar meluangkan masa di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur bersama Farah setelah habisnya minggu peperiksaan kursus mereka. Airil dan Hanif turut ikut serta memandangkan mereka pun ada masa terluang waktu ini.

          "Korang, aku nak gi kedai baju tu jap. Jom jom." Farah menarik tangan Ain mengejut ke kedai baju Uniqlo di pusat beli-belah tersebut. Sampai terjatuh Ain ditariknya namun itu tidak menghentikan perbuatan Farah untuk menyeretnya masuk ke dalam kedai.

Masuk saja ke dalam kedai, Farah melepaskan tangan Ain lalu terjelepoklah gadis itu di atas lantai. Pantas Ain bangun lalu mengatuk kepala Farah.

"Sakitlah kau dok heret aku macam tu! Eyy!"

"Aduh! Jangan dikatuk kepalanya! Sakit.!" Marah Farah.

Airil dan Hanif yang baru saja masuk ke dalam kedai tersebut terdengar pula Ain dan Farah berbalah. Apa pulaklah dua ekor ni?

"Ish, bertengkar tak ajak. Lain kali ajaklah aku dulu." Kata Hanif yang sedang melangkah mendekati dua wanita itu.

Ain dan Farah terus menjeling lelaki itu tajam. Tanpa berkata apa-apa, mereka berdua pun berpusing dan berlalu pergi mencari pakaian yang diingini. Macam tu saja Hanif hentikan pertengkaran sksksk.

Sementara Farah membelek-belek baju-baju di rak depan, Ain berjalan ke rak-rak di bahagian belakang untuk mencari pakaian yang mungkin akan menarik minatnya untuk membeli.

Dua jejaka yang sedang menunggu mulai berasa bosan lalu Hanif bercadang untuk mengambil gambar sahaja. Dia pun meminta Airil untuk mengambilkan gambarnya lalu posing dengan mannequin yang dipakaikan dress wanita.

Selesai bergambar, dia post di Instagram, caption "with my date ❤️". Sksksks dahek.

Selepas menjumpai lima helai baju yang diingini, Farah membawanya ke kaunter bayaran untuk membayar baju-baju tersebut. Seusai itu, dia pun melangkah ke pintu masuk kedai lantas langkahnya terhenti melihat Airil dan Hanif. Dua lelaki dewasa itu masih bergambar dengan mannequin.

"Ya Allah.." macam tak percaya Farah melihat mereka berdua. "Korang ni 21 tahun ke dua tahun? Heih, memalukan betul." Geleng Farah.

Hanif yang sedang mendukung mannequin di belakangnya yang selaku 'date' dia tadi, tersengih lalu menurunkan patung tersebut. Tanpa sengaja tercabut sebelah tangan patung tu. Menggelabah dia cuba memasang semula manakala Airil di hadapan melepaskan tawa. Sempat dia merakam gelagat kawannya itu yang cuba memasang tangan kanan patung yang tercabut itu tapi tangan kiri pula yang tercabut. Terhibur Airil melihatnya.

CCTV kat atas pandang saja mereka bertiga ni macam ಠ_ಠ




"Dahlah korang. Ain mana ni? Lesap ke mana dah?" Farah menyoal sambil mata meliar mencari keberadaan kawannya.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now