♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎
Bayu dingin dipuput penyaman udara dalam bilik yang suhu biliknya sudah sedia rendah. Bilik tersebut hanya diterangi dengan lampu meja sahaja. Lampu bilik telah dipadamkan. Sakit kepala jika membiarkan ia menyala. Terlalu terang untuk hati yang semakin kelam dihimpit perasaan gusar.
Airil sedang membaringkan diri di atas sofa hitam dengan mata yang dipejamkan. Lengan kanan berehat di atas dahi yang berkerut seribu sedari tadi. Urat-urat pada pelipisnya sedikit kelihatan, nyata bahawa dia sedang sakit kepala.
Dia sangat bencikan perasaan ini. Gusar bercampur stres sehingga menyebabkan dia sakit kepala.
Perlahan dia menenangkan dahinya pabila terasa penat wajah ini dek lama sangat mengerutkan dahi. Nafsu amarahnya sedikit reda meski masih terasa panas di hati mengenangkan situasi yang terjadi barusan tadi.
Lelaki itu bangun dari baring, duduk sebentar di atas sofa empuk yang dibaringnya tadi sebelum berdiri dan berjalan menuju ke meja dan duduk di atas kerusi pejabatnya. Skrin komputer riba ditatapnya dengan perasaan sebal yang semakin melangit.
Keputusannya bagi semester ini dibaca lagi. Masih tidak mahu percaya akan apa yang dilihatnya.
Pap!
Dengan keluhan berat, Airil menutup komputer ribanya begitu sahaja. Kecewa yang amat. Pertama kali dalam sejarah hidupnya mendapat keputusan sekadar kategori baik. Terasa diri ini betul-betul telah berubah selepas memasuki alam perkahwinan.
Tubuh disandarkan pada kerusi dengan mata yang dipejamkan lagi. Sungguh Airil tidak menyangka bahawa dia akan melalui fasa perbalahan besar dengan isterinya sehingga mereka bertekak antara satu sama lain.
"Kau kuat cemburu, Airil. Kau memang kuat cemburu."
Ayat isterinya tadi mula berputar kembali dalam kepala menyebabkan pejaman mata Airil terbuka. Siling pejabat dipandang kosong.
'Cemburu?'
'Aku cemburu?'
Hatinya separa menafikan.
"Kenapa tinggi sangat ego tu sampai nak menang selalu?"
Teringat lagi kata-kata Ain. Ayat itulah yang paling mencabar keegoan lelaki Airil. Bertaut kening lelaki itu mengingatkan bait kata tersebut.
Dia merengus sambil meraup wajahnya kasar.
'Ya! Memang aku cemburu tengok kau keluar jumpa dia! Tapi bukan dia seorang. Aku tak nak mana-mana lelaki pun pandang kau dengan pandangan cinta! Aku tak nak mereka terpaut hati pada kau dengan hanya melihat senyuman kau! Kau terlalu hebat, Ain! Dan aku tak mahu Faizz mengamati senyuman kau!'
Hati Airil berteriak, akhirnya mengakui bahawa dia memang sedang cemburu dengan Faizz. Hendak meluah di hadapan isteri?
YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romance『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...