♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎
Ti-ti-ti-tit! Ti-ti-ti-tit! Ti-ti-ti-tit!
Bunyi jam alarm digital kedengaran di dalam bilik tidur. Tidak begitu kuat tetapi cukup untuk mengganggu lena Airil Najmi. Tangan kiri lelaki itu mula tergapai-gapai di meja laci tepi katil bagi menghentikan deringan jam tersebut. Mati sahaja bunyinya, bilik gelap tersebut kembali sunyi sepi.
Jam alarm digital itu dilihat waktunya. Pukul 5:32 pagi.
Airil kembali berbaring seperti posisi asalnya, mendakap tubuh isteri yang masih nyenyak tidur secara mengiring. Terukir senyuman di wajah Airil menatap wajah Ain yang lena dalam dakapannya bertemankan cahaya kecil daripada lampu penyaman udara. Dia mengucup lembut dahi wanita tersebut.
"I love you, sayang.." bisik Airil penuh cinta.
Dia bangun dari baring, perlahan-lahan menarik lengan kanannya yang menjadi lapik kepala Ain agar tidak mengejut wanita itu. Airil turun dari katil lalu terus ke bilik mandi untuk membersihkan badan.
Usai mandi, wuduk diambil sebelum Airil menapak keluar bilik air dan menyarungkan pakaian bersih. Isterinya di atas katil dikerling. Masih tidur dengan nyedarnya.
Airil pun menyalakan lampu katil lalu mengejut perlahan Ain.
"Sayang, bangun... bangun, cepat mandi." Bahu Ain digoyang lembut.
Lambat-lambat dia mencelikkan matanya, memandang sekeliling ruang tidur dengan mamai. Selepas terang sikit ingatan, Ain segera menutup bahagian atas tubuhnya dengan selimut. Pandangan dihalakan pada suaminya yang sudah tersenyum melihat perlakuannya.
"Cepat pergi mandi. Ke nak abang mandikan?" Nakal Airil berkata.
"Tch, jangan nak macam-macamlah. Tepi sikit." Ain membalas garang sebelum mengesot ke birai katil dan turun sambil tangannya menggenggam selimut yang menyelimuti tubuh.
"Thank you tau, sayang." Ucap Airil dengan senyuman nakal. Dia berjalan mendekati isterinya.
"Diamlah. Cubit mulut tu kang." Ugut Ain geram membuatkan Airil tergelak kecil.
"Jalan elok-elok. Terjatuh selimut nanti." Usik Airil lagi.
Wajah Ain serta-merta membahang lantas dia menoleh dan merenung tajam ke dalam mata suami. Dengan renungan maut saja sudah membuat Airil mengemam bibir, lagak seperti tidak mahu bercakap lagi. Ain pun menggulingkan matanya jengkel dan meneruskan langkah ke bilik air.
Dua sejadah dibentangkan oleh Airil di atas lantai menghadap kiblat. Menunggu isterinya selesai mandi untuk solat subuh berjemaah.
♥︎•♥︎•♥︎
Tap tap tap tap tap.
Kaki kanan Clarissa bergerak mengetuk lantai tanpa henti. Memikirkan Izz yang baru sahaja memaklumkan kepadanya semalam bahawa dia ingin berhenti daripada bekerjasama dengannya.

YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romance『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...