🦇Part 6🦇

787 85 0
                                    

Slurppp!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Slurppp!!

Sepasang kaki tergantung di udara.

Bunyi hirupan seperti hisap sesuatu kedengaran dari balik lorong yang tersembunyi dari pengetahuan umum.

Sambil bergelut dengan terdesak, suara kecil orang merintih dalam kesakitan ikut kedengaran.

        "Tolong!!"tangan itu bergelut cuba tolak kepala yang berada dekat dengan lehernya.

Kepala itu sikit pun tak berganjak. Malah lama-lama di ceruk leher mangsanya. Tidak puas dengan apa yang di peroleh, dia ubah kedudukan ke leher sebelah lagi. Dan masa itulah taringnya yang tajam muncul dan menusuk ke dalam kulit di leher mangsa.

Terlalu enak menjamu selera, vampire tidak sedarkan diri itu terus menerus minum darah dari badan tersebut.

         "What the f*ck!"tak semena satu suara kedengaran.

Terperanjat vampire tu bila dia dengar. Secara refleks, dia pun jauhkan diri dan jatuhkan tubuh tidak berdaya tu ke lantai.

Lissa berdiri di situ lirik akan pelajar perempuan yang sudah berlumuran darah di lantai lalu ke pelajar lelaki di depannya. Dua kali dia pandang sebab tak habis fikir dengan apa yang baru dia lihat.

           "Sejak bila kau jadi vampire ni Raden?" Lissa mendekat tanpa ada rasa takut. Hidungnya menghidu bau karat darah yang datang dari tubuh pelajar perempuan malang di situ. Degupan jantung pelajar tu masih ada Tetapi sangat lemah.

            "Jangan sibuk Lissa."deram Raden dengan mata merah menyalanya.

Raden adalah pelajar lelaki dari kelas sebelah Lissa. Pemain pasukan ragbi akademi ni. Asalnya Raden ni seorang manusia pada kali terakhir Lissa tahu. Tapi macam mana pelajar lelaki ni boleh jadi vampire dengan tiba-tiba?

           "Beritahu aku...sejak bila kau jadi vampire?Kau tahu tak kau dah libatkan diri dalam masalah yang tak sepatutnya kau libatkan diri dengan?"Kuku jari Lissa mula menajam sedikit demi sedikit. Gigi taringnya juga ikut keluar. Tanda bahawa dia siap sedia hendak menerkam Raden di situ jugak!

           Pelajar lelaki tu mengundur ke belakang. Dia pandang Lissa penuh amaran. "Aku beritahu kau, Lissa jangan dekati aku atau kau akan cedera."

            Urat belirat mula timbul di sekitar leher dan dahi Lissa bila dia mula timbulkan sifat semula jadinya."Aku tanya kau...macam mana kau boleh jadi vampire?Sejak bila?Kenapa boleh jadi macam ni?"

            "Aku boleh jelaskan..Lissa. Ianya bukan seperti yang kau fikirkan. Aku cuma ambik botol tu. Dia orang kata kalau aku minum aku boleh jadi kuat. Memang betul dia orang cakap. Tapi lepas aku minum. Aku jadi kuat tapi ianya buat aku dahaga. Aku nak minum. Tapi air biasa buat aku muntah. Bau darah manusia buatkan aku teringin..bila aku rasa darah...semua rasa dahaga penat tu terus hilang..." kelas Raden sambil menyeringai, menayang gigi berdarahnya.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now