Menyelinap dalam gelap tanpa dikesan, tiga kelibat itu berdesup kanan dan kiri laman rumah dua tingkat itu sebelum berhenti tepat di hadapan pintu. Tanpa berlengah seorang daripada mereka mengangkat tangan lantas memberi beberapa ketukan pada permukaan pintu itu.
Knock!
Knock!
Beberapa saat kemudian pintu rumah itu pun terbuka.
Carolina menahan nafas kejung memandang tiga kelibat vampire di depannya tanpa bergerak sejak tadi. Dia sedang menonton televisyen sendirian menunggu kepulangan Lissa. Awalnya dia fikir ketukan pintu tadi datang dari Lissa, namun sangkaannya meleset. Bukan Lissa tetapi underling suaminya yang datang ke situ.
"Izinkan kami masuk."
Nak tak nak terpaksa Carolina pelawa mereka masuk ke dalam rumah.
"Apa yang dah berlaku?"tanya vampire pertama di tengah-tengah sekali.
Mata Carolina lirik ke wajah vampire pertama dengan kening berkerut. Kenapa tanya dia?Bukan ke mereka yang datang ke rumahnya tiba-tiba. "Sepatutnya saya yang tanya. Apa yang kamu bertiga lakukan di rumah saya ini?"
"Tuan Dragomir minta kami datang. Beliau mengesan ada yang tidak kena....Sesuatu telah terjadi.."maklum vampire kedua dengan renungan seriusnya melirik sekeliling ruang tamu tersebut seakan mencari sesuatu.
Sesuatu terjadi?Carolina teringat akan Lissa. Anak perempuannya belum pulang sejak siang tadi. Adakah sesuatu telah menimpa anak perempuan dia itu. "Lissa belum pulang lagi sejak siang tadi."beritahunya dengan perlahan.
"Di mana dia sekarang?"vampire pertama bertanya.
"Katanya dia melawat kedai buku di hujung pekan sana. Biasanya dia balik jam segini."
"Sendirian?"tanya vampire kedua.
Carolina mengangguk kepala dalam keadaan teragak-agak. "Kenapa?Adakah Lissa dalam bahaya?"
"Itu yang kami cuba cari tahu. Tuan hanya berpesan supaya segera mendapatkan Lissa untuk memastikan keselamatan dia.."jelas vampire ketiga. "Puan ada apa-apa cara untuk hubungi dia?"
Carolina mengangguk kepala. Dia gegas ke arah sofa lantas mendapatkan telefonnya dari atas kusyen sofa itu. "Saya cuba hubungi Lissa kalau macam tu?"maklumnya sambil tu.
Lantas vampire pertama dan kedua tadi mula berlegar sekitar ruang tamu dan ruangan di situ untuk pemeriksaan. Mana la tahu ada yang memerhati sekitar rumah itu ke apa kan.
"Dia tak jawab.."beritahu Carolina selepas panggilannya tidak dijawab.
Vampire ketiga berhenti di situ, dia dongak memandang ke siling ruang tamu itu. Matanya bersinar-sinar keemasan. Menggunakan kuasa penjejaknya dia cuba cari tahu kedudukan Lissa menggunakan rantai leher yang pernah dia serahkan kepada gadis itu pada hari kelahiran Lissa tidak lama hari itu.
YOU ARE READING
47. Inlove With Vampire
VampireDua dunia berbeza. Vampire dan Manusia. Semua tahu manusia dan vampire tidak boleh bergaul kerana perbezaan alami mereka. Namun sesuatu terjadi. Dua dunia ini bertemu. Lalu terhasil la kejadian terlarang yang memecahkan dua kawasan ini menjadi dae...