🦇Part 18 🦇

769 83 2
                                    

Malam tu selepas pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam tu selepas pulang ke rumah. Lissa kunci semua pintu tingkap dan segala benda yang boleh digunakan untuk masuk ke rumah dia. Dia jadi cuak sendiri mengingatkan tindakan Vlad terhadapnya. Lagi-lagi dengan apa yang dia dengar dari perbualan orang kaya dalam majlis amal tu.

Asyik terngiang-ngiang akan perkataan tu.

Dari perbualan itu, Lissa buat kesimpulan yang berita mengenai Strigoi pecah masuk ke Zon Biru sama sekali tidak benar. Sebaliknya ialah Strigoi memang sedia ada di dalam Zon Biru sejak awal lagi, kerana mereka telah dicipta sendiri orang Zon Biru untuk dijadikan tentera.

Zon Biru hendak memerangi Zon Merah menggunakan tentera yang mereka ciptakan tu!

Oh my gosh!

Keresahan Lissa gigit hujung jarinya. Dia nak beritahu hal ni kepada siapa?

Dekat Star?Takkan la..lelaki tu takkan percaya sepatah haram apa aje yang keluar dari mulut dia?

Ayah dia?Tapi macam mana dia nak berhubung dengan ayah vampire dia tu?

Vlad?Lelaki mencurigakan tu? Memang tak la!Dah la ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tu sejak awal lagi. Lepas tu kiss orang tetiba lagi tu~

        "Kamu okay Lissa?"tegur Carolina semasa menuangkan jus oren ke dalam gelas di meja makan.

          Lissa tersentak. Dia pandang wajah mamanya dengan kening terangkat. "Okay je...kenapa mama tanya?"

          "Kamu nampak macam tak bertenaga."

Memang la. Malam tadi dia tak dapat nak tidur lena. Dengan macam-macam dah berlaku lagi. Semuanya salah Vlad!Gara-gara lelaki tu dia tak boleh nak pejam mata dengan lama.

       "Okay je. Dont worry."

       "Okay..kalau ada apa-apa masalah. Beritahu mama okay?"

       Lissa mengangguk kepala."Okay."

Selesai sarapan, Lissa memulakan perjalanannya untuk ke akademi seperti biasa. Dia naik teksi untuk ke akademi pagi tu. Lepas sampai di akademi, Lissa gerak ke lokar untuk mendapatkan bukunya.

Dan sepanjang perjalanan tu, bulu roma Lissa tegak meremang. Memberitahu dia ada yang memerhatikan dia. Bukan sekali dua dia rasakan dirinya di perhatikan. Banyak kali. Tapi Lissa kekal tenangkan diri dan anggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Earfon masih terpasang di kedua-dua belah telinga. Sebagai cara untuk dia tenangkan diri dari apa saja yang berlaku di sekitarnya ketika itu.

Pada masa Lissa tiba di lokarnya, Norah sudahpun sedia menunggu di situ. Namun rakannya itu bukan seorang diri. Gadis itu bersama teman lelaki.

         "Morning Lissa!"sapa Norah seperti biasa dengan ceria.

          Lissa lirik akan pelajar lelaki yang berdiri di sebelah Norah lalu ke muka rakannya. "Morning Norah...Klaus. Awalnya kau sampai.."ujarnya semasa membuka pintu lokar.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now