🦇Part 82🦇

768 89 3
                                    

Tak tahu la ini dejavu atau bukan, apa yang pasti dia pernah lalui situasi yang sama seperti ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tak tahu la ini dejavu atau bukan, apa yang pasti dia pernah lalui situasi yang sama seperti ini.

        "Maaf, boleh tak awak turunkan kaki dari tempat saya?"Lissa pandang ke mata lelaki yang duduk dengan kaki di atas meja hingga mengenai kerusi untuk dia duduk. Selepas apa yang berlaku...Tempat mereka masih sama.

Hairan. Kenapa lelaki depannya enggan pindah tempat duduk kalau betul lelaki ni mahu jauhkan diri dan menjarakkan mereka berdua.

Putera Mahkota Micah mengangkat kening. Memandang judging akan Lissa.

         Kalau dulu mereka akan bertekak, tak tahu la kali ni bagaimana reaksi Putera Mahkota Micah bila dia cakap macam ni. "Cepat la. Penat tau tak ulang benda sama hari-hari..."kata Lissa dengan muka tak berminat dia ke Putera Mahkota Micah waktu itu.

Serta merta Putera Mahkota Micah menurunkan kakinya dari meja itu dan memandang Lissa dengan riak tercengang. Dia terkejut sebab ianya adalah ayat sama Lissa selalu cakap dekat dirinya semasa menjadi Star Poison. Dia ingat semua momen tu, tapi kenapa Lissa cakap macam tu sedangkan mereka baru saja bertemu selepas sebulan berlalu?

         "Kau-"kata-kata Putera Mahkota Poison dipintas dengan suara master mereka selepas seorang Wanita bersanggul kemas bergerak masuk dan berdiri di depan kelas.

         "Okay kelas, ambil tempat masing-masing. Kelas akan bermula sebentar lagi."

Lissa dengan sembunyi menarik sengih meleret penuh kemenangan dia bila tengok Putera Mahkota Micah tak membalas seperti biasa. Buatkan dia teringat akan momen lama bersama Star Poison dulu. Yang bila Star akan balas dengan kata-kaya menyakitkan hati pada dia.

Dan Putera Mahkota Micah di belakang Lissa sepanjang kelas dia hanya memandang belakang tengkuk Lissa. Disebabkan Lissa mengikat rambutnya tinggi ke atas, tengkuk yang sama dimana dia pernah tinggalkan bekas di tenung lama. Jari telunjuknya digosok-gosok pada bibir sambil tu.

Lissa yang turut menghidu scent kuat dari Putera Mahkota Micah berulang kali menelan air liur hendak mengawal reaksi dari kehadiran vampire itu.

Selepas sejam kelas berjalan, loceng tamat kelas berdenting lantang seluruh akademi. Memberitahu tiba masanya untuk kelas seterusnya. Lissa bersama dengan rakan sekelasnya juga mula bergerak hendak bubar dari situ. Namun apabila Lissa bangun dari kerusi, muncul seorang pelajar lelaki vampire mendekati Lissa. Menegur gadis itu dengan ceria.

         "Hey Lissa..."

          Tersentak Lissa sewaktu dia hendak menolak kerusi ke bawah meja. Kepalanya serta merta gerak memandang ke depan. "Ya..."balasnya kehairanan bila ketua kelasnya tegur dia.

          "Kau tahu, kan kita ada kerja tugasan esei tentang sihir penyembuh. Kau dapat A plus esei lepas. Boleh tolong aku dapatkan maklumat tak nanti lepas kelas?"

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now