🦇Epilog🦇

1.2K 85 5
                                    

Cameo dari cerita 'The Hunter'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cameo dari cerita 'The Hunter'

Skrol tertulis catatan kemas berangkat dengan dakwat merah itu diletakkan ke atas meja sebelum Leah dongak ke belakang pada kerusi tu.

Ugh!

Sakit betul mata!

Rasanya dah tak ada dakwat lain ke nak guna untuk tulis pada jemputan ni. Buat mata dia sakit je nak membacanya.

          "Hah..."hela Permaisuri Leah dengan panjang. Dia merehatkan tangan atas arm rest kerusi kerjanya di situ. Penat dia belum hilang lagi selepas menguruskan urusan dari beberapa buah negeri tentang isu kemarau dan juga jangkitan Tanah Kegelapan. Ditambahkan lagi dengan jemputan perkahwinan ni. Tak pasal-pasal dia kena fikirkan hadiah apa untuk raja muda ni! Raja Micah dari Zon Merah bakal berkahwin dengan pasangan pilihannya half vampire iaitu Vassalissa Dragomir tidak lama lagi.

          "Panjangnya mengeluh...apa yang menganggu permaisuri kesayangan kita kali ni?"suara yang tiba-tiba kedengaran itu buatkan mata terpejam Leah terus terbuka.

            Apabila Leah duduk tegak dan pandang ke depan mejanya, lelaki lampai dengan senyuman meleret sudahpun berdiri di situ dengan lagak dan gayanya yang sedikit pun tidak pernah berubah. "Siapa benarkan awak masuk ke sini Eros?"

             "Siapa lagi kalau bukan pengawal dekat luar sana...takkan aku terbang ke sini...lainlah aku ni vampire boleh muncul tiba-tiba dan selinap tanpa dikesan..."

Here we go again.

Perkenalkan, Eros bekas vampire yang pernah Leah selamatkan dulu di Puak Nublar beberapa tahun yang lalu. Seperti yang diketahui ingatan Eros tidak terhapus. Dan selepas Leah pulang ke istana, lelaki ini merantau untuk beberapa tahun sebelum kembali mencari Leah di negerinya tidak lama selepas Leah ditabalkan menjadi permaisuri. Sejak itu Eros tidak berhenti menganggu Leah. Siang dan malam selagi ada masa Eros akan menemui permaisuri muda ini.

          "Awak nak apa?Kan saya dah beritahu saya tak berminat apa saja dengan skema cepat kaya yang awak cadangkan tu...keluar sekarang.."

           "Kenapa?Apa salahnya..kau kan permaisuri. Kalau dulu aku suka mintak darah kau, sekarang aku mintak duit la pulak... macam la tak biasa.."

           "Boleh tak berhenti ungkit hal lama...kalau orang dengar macam mana?"

           "Well...selagi kau tak minta maaf pada aku lepas kau pergi macam tu aje tak beritahu aku selagi tu aku akan ungkit semua cerita lama kita berdua...tak peduli la kalau orang dengar ke tak..:"

           Gosh!Please someone take this jerk away! "Moon akan datang kejap lagi. Baik awak keluar sebelum dia Nampak awak dekat sini.."

           "Tak nak!"Eros malah gerak ke kerusi lalu tunduk menghenyak punggung di situ menyilang tangan tanda protes.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now