🦇Part 36🦇

701 82 2
                                    

Dua tubuh jatuh ke lantai diikuti dua kepala yang dipenggal habis dari bahu bergolek depan sepasang kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua tubuh jatuh ke lantai diikuti dua kepala yang dipenggal habis dari bahu bergolek depan sepasang kaki. Perlahan-lahan darah merah pekat mengalir keluar membanjiri Jubin putih seramik bawah badan itu.

        "Tiga daripada mereka sepertinya orang bawahan yang hanya menjadi suruhan mereka..."beritahu vampire sebelah kanan Lord Dragomir saat menyerahkan tuala bersih kepada lelaki itu.

Dengan renungan dinginnya, Lord Dragomir capai tuala itu lalu mengelap tangan dia yang basah dengan kesan darah dengannya.

       "Carikan lagi saya pengintip yang kita boleh dapatkan maklumat dari mereka."pesannya selepas itu.

         Vampire yang sama tadi mengangguk kepala. "Telah kami kerah orang untuk intip namun modus operandi mereka sangat teliti dan kemas hingga buatkan prose penangkapan sedikit sukar. Mereka seakan hafal dengan gerak geri kita di sini"

         "Pasukan Dhampir juga telah berusaha keras menangkap Strigoi dan manusia biasa yang mencurigakan di beberapa kawasan hot spot di Zon Merah. Namun agak sukar kerana mereka bijak menutupi kesan jejak jenayah mereka tu."

Urat leher Lord Dragomir berketik apabila lelaki itu pandang akan lelaki berparut pada tepi muka atas yang melutut di atas lantai menghadapnya.

          "Kamu nak beritahu saya yang kita adalah tali barut dalam kumpulan kita sendiri?"tanya dia saat campak tuala berdarah tadi ke tepi. "Rasanya kamu semua dah di latih terlampau bagus sampai tak boleh nak gunakan kuasa untuk baca fikiran setiap seorang di sini"ujarnya dengan gigi taring menyeringai keluar dari bibir.

Menggelupur terus lelaki berparut atas lantai tu bila melihat wajah bengis lagi menakutkan Lord Dragomir.

          "Tolong!Lepaskan saya!Saya bersumpah saya tak tahu apa-apa!Saya cuma diarahkan untuk mendapatkan Strigoi yang hidup dekat kawasan Terlarang saja....saya tak tahu apa-apa selain tu.."kelam kabut dia menyatakan kenyataannya yang sama berulang kali.

Vampire-vampire lain yang ada dalam ruangan itu hanya berdiri di situ memerhatikan sesi soal siasat berdarah Lord Dragomir. Bau tengik dari darah manusia depan mereka sedikit pun tidak buatkan mereka berselera.

          "Atas arahan siapa?Itu yang saya nak tahu dari tadi.."ujar Lord Dragomir.

          Lelaki berparut itu menggeleng kepala. "Saya tak tahu. Mereka hanya berikan tugasan itu melalui pesanan ringkas. Kami hanya lakukan kerja itu selepas bayaran di buat...tolong tuan. Saya tak tahu apa-apa lebih dari tu.."

Tidak dapat menahan sabarnya lagi Lord Dragomir pegang kepala lelaki itu lantas di pulas dengan pantas hingga buatkan darah terpercik-percik keluar taktala kepala tersebut tertanggal sepenuhnya dari badan tersebut.

KEDEBUK!

Rebah badan tidak berkepala itu.

         "Sampai bila saya kena tunggu?Hampir seminggu operasi ni dijalankan tapi satu maklumat pun tidak berjaya diperoleh!Adakah kamu semua minta pertumpahan darah berlaku baru kamu semua nak lakukan hal ni dengan betul?"ngaum Lord Dragomir dengan suara vampire dia yang begitu menakutkan.

Bergema suara ngauman dalam dan garau itu dalam ruangan tersebut.

Sampaikan yang dengar meremang bulu roma masing-masing.

          "Manusia...."sebut Lord Dragomir dengan perlahan. "Tak pernah puas....tak kira sebanyak mana kemewahan kita berikan kepada mereka..."dia tersengih selepas itu. "Sentiasa mahukan lebih dan lebih....bila ketamakan membuatkan segala deria yang mereka miliki...hanya satu saja cara yang mereka pilih...iaitu peperangan.."

         "Apa yang kita nak buat dengan mereka yang lain tuan?"suara lain menyusul tidak lama kemudian.

Lord Dragomir memusingkan badan menghadap barisan orang yang terikat tangan ke belakang di hadapannya. Dia tenung setiap Strigoi yang berjaya di tangkap oleh pahlawan vampire miliknya selepas cuba menyelinap masuk sempadan Zon Merah.

          "Mereka semua adalah manusia biasa yang diracun dengan darah Strigoi...dari Zon Biru."

            "Secara naturalnya mereka bukan dari kelahiran vampire tulen. Itu bermakna rasionaliti mereka tidak dapat dipulihkan sekalipun kita bebaskan mereka ke kawasan Terlarang. itu bermakna mereka tidak boleh bezakan mana manusia...mana vampire."

Ugh!Kenapa dia kena susahkan diri untuk peduli tentang manusia biasa? Memeningkan kepala betul la!Terpejam mata Lord Dragomir bila dengar. Dia bawa tangan naik memicit dahi kerana runsing dengan kes kemasukan tanpa kebenaran Strigoi buatan Zon Biru ini. Tiada habisnya langsung! Ada saja yang berjaya lepas masuk ke sempadan!

        "Perlu ke kita bunuh mereka?"

        "Atau tuan mahu kembalikan mereka semula ke Zon Biru?"

         Lord Dragomir melepaskan keluhan letih. "Kalau kita lepaskan mereka semula ke Zon Biru, manusia di situ pulak yang bakal dalam bahaya..."

          "Itu yang selayaknya menimpa mereka sebab mereka yang mulakan dulu.."

          "Benar tuan. Kita dah banyak mengalah dengan mereka....biarkan mereka rasa ubat mereka sendiri."

Untuk seketika Lord Dragomir mendiamkan diri. Lelaki itu memejamkan matanya cuba berfikir sejenak supaya keputusan dia wajar dan tidak menjejaskan mana-mana pihak. Haih!Ikutkan hati memang dah lama dia jadi vampire yang kejam dan tiada hati perut. Tapi disebabkan dia sendiri ada anak yang berasal dari keturunan manusia biasa, suka atau tidak dia perlu bertimbang rasa!

Namun kesunyian tempat itu berakhir apabila pintu gergasi dua daun itu terbuka ke dalam dan seseorang berjalan masuk ke situ.

Tap!

Tap!

Tap!

Jejak tapak kasut itu memecah kesunyian ruangan itu. Menarik perhatian semua vampire di situ. Mereka menggerakkan mata masing-masing memerhatikan pengawal yang masuk ke situ.

Pengawal tersebut berdiri tiga langkah di samping Lord Dragomir lalu berkata.

       "Tuan..."

Mata terpejam Lord Dragomir terbuka dengan perlahan.

        "Vladimir datang hendak menemui tuan."maklum pengawal itu dengan kepala tunduk memandang ke lantai.

Tersentak Lord Dragomir. Begitu juga dengan beberapa orang lagi Vampire Tertua yang ada di situ.

         "Vlad?Kenapa dia ke sini tanpa dipanggil?Adakah dia masih bertegas untuk halang saya dari memulakan peperangan ni?"tanya Lord Dragomir yang sedia faham apa yang cuba di sampaikan oleh anak kepada salah seorang Vampire Tertua di situ.

Pengawal tidak memberi sebarang jawapan.

           "Hmm..."jeda Lord Dragomir bernada mengalah. "Arahkan dia masuk kalau begitu..."ujarnya saat mengarahkan pengawal yang ada di situ gerak untuk membersihkan jasad dan kepala-kepala yang ada di lantai.

Dengan patuh mereka pun mula bergerak mengutip kepala dan menarik badan yang bergelimpangan di situ untuk diheret keluar dari tempat tersebut. Meleret-leret darah merah atas lantai tu bila mayat-mayat tadi di seret.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now