🦇Part 60🦇

740 89 10
                                    

10 tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10 tahun yang lalu...

Diberi nama sebagai Micah Hazael. Menjadi vampire termuda dalam kingdom seawal usia 7 tahun mati kerana sakit lalu dijadikan vampire oleh ayahandanya. Mendapat gelaran sebagai Putera Mahkota selepas Puteri Maria naik taktah sebagai Puteri Mahkota.

Dari situ hidup Micah sentiasa bergantung pada darah untuk hidup. Sehinggalah usianya mencecah usia 19 tahun pertama dalam hidupnya. Bermula pada masa itu, Micah belajar untuk mengawal selera makan supaya tidak consume darah manusia sebagai bahan sokongan dalam hidupnya. Darah hot blooded animal menjadi gantinya sehinggalah dia berinjak dewasa.

Sejak kecil lagi dia didik untuk sentiasa bertimbang rasa dan berperikemanusiaan terhadap manusia biasa di dalam dunia sihir ini walaupun dia adalah vampire. Yang mana Micah setuju tanpa protes. Sewaktu membesar, Micah telah didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Terutamanya dia belajar menjadi seorang pengamal sihir dan Pentagram. Akhir sekali ialah, Menguasai kemahiran Dhampir yang dilatih secara peribadi oleh pengasas asal Organisasi Pertahanan Keselamatan atau ringkasnya Dhampir iaitu Sir Poison. Yang mana berakhir menjadi sahabat baik dan sifu paling Micah sayangi.

Namun langit tidak selalu cerah. Hidup bahagia tidak berkekalan lama.

Satu kejadian buruk telah menimpa keluarga terhormat yang Micah telah sayang seperti ahli keluarganya walaupun mereka semua adalah manusia biasa. Dengan tragisnya, seluruh keluarga Poison dibunuh secara besar-besaran oleh sekumpulan vampire asing yang tidak dapat dikenalipasti siapa.

Rentetan dari kejadian itu, Micah mengangkat sumpah dihadapan Raja Vampire sendiri untuk menyembunyikan identitinya sebagai putera mahkota di dalam keluarga diraja mereka. Sebagai ganti dia akan menggunakan salah satu identiti keluarga Poison. Iaitu Star. Putera tunggal keluarga tersebut yang turut terkorban di malam pembunuhan tersebut untuk menuntut keadilan di atas kematian mereka semua.

Sejak itu Micah menjalani hidup dia sebagai manusia biasa dengan bantuan sihir yang dia belajar bagi menyamarkan scent dan karakter vampire di dirinya. Selama 10 tahun dia hidup seperti manusia biasa sampaikan Micah lupa akan dirinya, nama sebenarnya sebagai vampire dan membencikan vampire sendiri kerana memori lama yang telah meragut nyawa sahabat baiknya iaitu Star Poison!

Bertahun lama Micah cuba menyelidik. Mencari maklumat dengan menjadi Dhampir. Dia dapatkan setiap vampire yang dia tangkap dan korek segala rahsia yang ada dari vampire-vampire tersebut. Sehinggalah dia bertembung dengan gadis bernama Vassalissa Dragomir di akademi tempat dia belajar.

Waktu itu Lissa berusia 15 tahun, pertama kali menjejak kaki ke dalam akademi. Dia tak pernah tahu siapa Lissa sebenarnya. Kecuali identiti gadis itu kelihatan seperti vampire muda. Sejak itu dia hantui hidup Lissa kerana gadis itu seperti magnet buat dia untuk selalu dekati dan berjumpa dengan.

Bau scent manis yang harum membuatkan dia terjaga dari lenanya. Bau yang membuatkan tekaknya kering tidak semena. Bibirnya dikecap-kecap beberapa kali sebelum menelan air liur. "Ugh!"ngerang Star sambil memegang kepalanya yang berdenyut sakit seakan baru terhantuk kuat di permukaan yang keras. Tangan di bawa naik mencengkam rambut usaha untuk hilangkan rasa sakit yang dirasai.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now