🦇Part 8🦇

775 84 2
                                    

8 tahun lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

8 tahun lalu...

Darah!

Itulah perkara pertama yang dia nampak lepas jejak kaki ke dalam rumahnya.

Dan bila dia tengok lebih dalam ke rumahnya itu, dia nampak dinding lantai dan sekeliling rumah itu berbau darah.

Ibu...ayah...adik perempuan dan adik lelakinya!

Semuanya terbaring tidak sedarkan diri dengan darah membasahi lantai dan pakaian mereka. Sudah tiada sisa yang tinggal dalam badan mereka!

Bekas gigitan dapat di lihat dimana-mana pada tubuh mereka.

Seluruh ruang rumah keluarganya itu bersepah dan pecah-pecah. Memberitahu dia keluarga dia bergelut hingga ke akhirnya sebelum tewas di banjiri darah mereka sendiri.

Sejak itu..dia bersumpah akan jadikan vampire sebagai musuhnya!Tidak kira la siapa!Tuan atau muda!Kalau mana-mana mahluk pelesit itu usik manusia biasa!Dia akan bunuh mereka tanpa belas!

Dari kejadian 8 tahun yang lalu la kehidupan dia sebagai remaja berubah serta merta. Menjadikan dirinya yang ceria dan ramah pada orang berubah kepada dingin serta kasar. Sebab dalam kepala dia cuma ada satu perkara sahaja iaitu hapuskan vampire!

         "Lissa!Jawab aku!"Star goncang badan Lissa dengan kuat kerana jengkel dengan kebisuan gadis itu.

          "Aku tak tahu apa yang berlaku. Tapi kalau aku beritahu, kau nak percayakan aku ke?"tanya Lissa dengan renungan serius ke Blade. Pada masa yang sama dia sedih dan kecewa. Yalah.. Dulu dia selalu persoalkan banyak perkara. Kenapa dia tiada ayah. Kenapa orang selalu pandang rendah pada dia? Kenapa hidup dia tak sama macam orang lain?Kenapa mata dia merah, kenapa dia boleh dengar semua bunyi..kenapa dia boleh bau emosi orang lain?Semua jenis soalan tu.

Dan bila dia besar dan mula faham, baru dia tahu dirinya ini apa.

Baru dia tahu kenapa dirinya berbeza dan ibu dia selalu suruh dia diamkan diri mengenai identitinya.

Semuanya disebabkan ayah kandung Lissa adalah seorang vampire dan ibunya manusia. Hubungan terlarang seperti itu tak sepatutnya terjadi sebab akan cipta masalah besar. Gara-gara nak lindungi dirinya dari pemburu atau vampire jahat dekat luar sana, Lissa terpaksa hidup dengan identity sebagai vampire sebenar.

Sedangkan Lissa bukan jenis minum darah untuk teruskan hidup.

Dan sekarang Lissa kena tanggung sakit untuk kesalahan yang bukan salah dia.

           "Sama ada aku percaya atau bergantung dengan cerita yang kau bakal sampaikan!" balas Star.

Lissa berdecit mengejek. Dia tak percayakan Star. Hari tu kali terakhir lelaki ni cuba kenakan dia, dua minggu dia tak tidur malam sebab diserang mimpi ngeri lepas Blade ancam akan ikut dia siang dan malam!Buli dia dengan kata-kata tak elok!Tertekan dia!

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now