🦇Part 52🦇

631 79 0
                                    

         "Huargh!Penatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "Huargh!Penatnya."Carlus menguap letih. Malam tadi dia buat rondaan. Bersekang mata tidak lelap. Tadi kelas pun dia tertinggal.

Hari ini beberapa orang pelajar vampire didapati tidak hadirkan diri ke dalam akademi. Sudah dipantau oleh rakan-rakan Dhampirnya, Carlus catat laporan sebagai rujukan Star dan mereka yang lain.

Sayangnya kelibat mereka langsung tidak terjejak di mana-mana.

Menjadi alasan kenapa Carlus perlu membuat rondaan hingga lewat malam nanti.

Keluar saja dari bilik tidur, Carlus turun anak tangga untuk ke lobi. Sambil menguap beberapa kali, tangan lelaki itu gerak menggaru belakang kepala yang terasa gatal.

Dia terlepas kelas lagi hari ni sebab terlajak tidur. Sebab perut lapar la dia gagahkan diri untuk bangun dan keluar bilik kalau tidak memang tak adanya dia nak bazirkan tenaganya berjalan.

Busss!

Tidak semena tiupan angin dan cahaya muncul tepat di depan laluan Carlus sedang berdiri. Menyebabkan lelaki itu menjerit kerana terkejut sebelum jatuh terduduk di atas lantai akibat terperanjat!

          "Warghh!"Carlus terkangkang di lantai memandang ke depan apabila gelung pentagram muncul di depannya. Buatkan dia menahan nafas tanpa sedar. Apakah itu?Matanya menjegil bulat penuh ingin tahu!Ada musuh pecah masuk ke apa!

Sesaat kemudian, muncul la kelibat Star dekat situ sambil menurunkan seseorang ke lantai dari dukungannya. Dan apabila Carlus sedar siapakah orang yang Star bawa serta merta Carlus bangunkan diri dan berdiri memandang mereka.

Apa yang-

          "The hell?"soalnya dengan tergamam.

Terutama sekali, Lissa.

           "Apa masalah kau ni!"marah Lissa memukul   badan Star setelah dia jarakkan diri dari lelaki tu."Dah kenapa kau bawak aku ke sini?"ketapnya semasa memandang ke Star. tapi tak sempat bila lelaki tu jalan menonong ke depan meninggalkan dirinya dekat situ. Ish! Dhampir sorang ni kan!Kecik besar aje dia perhatikan!

           Carlus di situ kaku sebab terkejut melihat kemunculan tiba-tiba Star dan Lissa."Apa yang dah berlaku?"soalnya bingung.

           "Ada something urgent yang aku nak beritahu."beritahu Star setelah berdiri di depan Carlus. "Dekat mana pakcik aku?"

           "Ada dekat bilik bawah tanah rasanya...tapi kenapa kau bawak Lissa ke sini?Kalau orang lain nampak macam mana?Kan pelajar perempuan tak boleh ada dalam asrama pelajar lelaki?"Carlus jengah kepalanya ke belakang bahu Star lalu bertentang mata dengan Lissa yang kebingungan. "Kenapa awak ada dekat sini Lissa?"

           Gadis itu beri jungkitan bahu 'tak tahu' kepadanya. "Tanya kawan awak yang dah gila ni!"getusnya saat menyilang tangan ke dada tidak puas hati. Dia dah beritahu dekat koridor tadi yang dia tak nak ikut!Tapi Star paksa dia dan teleport mereka ke sini jugak!Dasar lelaki tak faham bahasa!

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now