🦇Part 79🦇

747 81 3
                                    

Carrie termenung panjang memandang gelas berkaki yang terhidang di atas meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Carrie termenung panjang memandang gelas berkaki yang terhidang di atas meja makan. Dia sedikit pun tidak meneguk cecair merah pun sekalipun tekaknya sedang dahagakan darah...

        "Kenapa awak tak minum sayang?"tanya Darren di seberang meja.

        "Saya suruh awak dapatkan Lissa bukan?Kenapa sampai ke sudah bayang dia pun saya tak Nampak?"

Elok saja Darren mahu menyisip dalam gelas berkakinya, lelaki itu terhenti seketika sebelum meletakkan semula gelas berkaki itu ke meja semula. Dia pandang wajah cemberut Carrie dengan senyuman nipis.

          "Saya dah beritahu pada awak kan hari tu?Lissa telah dikawal ketat dengan Dhampir tidak guna bernama Star Poison tu.."

            "Dia manusia dan awak adalah vampire Darren..."geleng Carrie kekesalan. Dia menyelak rambutnya ke belakang bahu sebelum menyandang ke kerusi dengan tangan bersilang di bahu. "You can easily beat his ass..."

           Hujung bibir Darren terjungkit apabila lelaki itu dengar. Dia sedikit pun tidak terkutik malahan berkata. "Star terkenal dengan Teknik combat dan kuasa sihir dia Carrie. Sekalipun saya vampire terkuat di sini, melawan Star adalah pilihan terakhir saya"

           "What ever....saya tak peduli. Awak dapatkan Lissa tak kira apa sekalipun caranya."arah Carrie dengan muncung tak puas hatinya.

Pada masa itulah pintu gerbang ruang makan terbuka. Seorang manusia biasa berwajah cengkung seperti orang tidak cukup zat berjalan masuk ke situ.

            "Tuan..."sapa lelaki berambut kerinting di tepi meja dimana Darren sedang duduk.

            Sambil mencapai gelas berkaki berisi darah tadi, ekor mata Darren mengerling ke tepi meja. "Ada apa?"

            "High Council Vampire telah berjaya di tembusi dan Lord Dragomir telah berjaya dihapuskan. Tapi dinding perlindung tidak terhapus. Mereka yang pecah masuk bangunan tu jugak tidak berkhabar...."

             Carrie berdehem."Kalau berjaya tembus sepatutnya mereka dah lama hapuskan dinding perlindung tu Sekalipun Lord Dragomir mati. Kalau betul dah tak ada berita dari mereka di dalam tu, itu bermakna bukan setakat Lord Dragomir yang dihapuskan....dengan mereka-mereka sekali sudahpun di bunuh. Sebab itum la, dinding perlindung tempat tu tak terhapus macam tu aje...."jelasnya.

           Kening Darren berkerut. Dia pandang Carrie dengan muka tak faham. "Kenapa awak cakap macam tu?"

           "Lord Dragomir hanya Ketua Vampire Tertua, dia bukan penjaga sah gerbang kubah pelindung di Zon Merah, sayang. Kan saya dah beritahu. Tiang Utama dinding perlindung ni adalah di dalam asrama Dhampir. Bangunan High Council Vampire tu cuma pintu masuk saja."

            "Benar kata Cik Carrie tu, tuan. Saya telah menghantar mata-mata disekitar kawasan bangunan asrama Dhampir tu. Dan tempat itu sememangnya telah dilindungi satu medah kuasa yang sangat kuat. Hinggakan mana-mana Strigoi yang cuba melepasi dinding tersebut akan terbakar dan cedera tak kira seramai mana yang cuba."jelas pengutus itu lagi.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now