🦇Part 86🦇

850 85 2
                                    

       "Please Maria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


       "Please Maria..kali ni je."

        "Get lost Micah!"

         "Aku mintak kau untuk control bonda aje.."

"Jangan nak buat kerja gila!Sekuat mana sekalipun aku!Aku tak boleh guna kuasa aku pada bonda. Kau ni pun satu. Dah kenapa?Dah macam anjing hilang tuannya sejak balik dari Tanah Seberang aku perhatikan!?"

"Bukan aku suruh kau guna kuasa pada bonda. Hanya pujuk dia supaya tak beritahu apa-apa pada ayahanda apapun jenis visi yang dia lihat tentang aku!"

Puteri Maria yang sedang melukis pada kanvas itu berhenti dari bekerja. Dia silangkan tangan ke dada dan dongak ke tepi dimana Putera Mahkota Micah sedang berdiri menghadapnya. "Kau sedar tak hari pertabalan kau hanya berbaki sehari dua?Kawal sikit perangai tak siuman kau ni boleh?"

Berang dengan komen itu, Putera Mahkota Micah mencengkam rambut hitam berkilatnya sebelum mengerang keras. "Ugh!Sebab aku tak boleh la aku minta tolong kau Maria!!Kau ingat sebab apa aku ke Tanah Seberang lama-lama?"

Puteri Maria buat muka tak Sukanya. "Memangnya kau nak apa sebenarnya ni?"

"Aku nak Lissa...."

"What?"hujung bibir Puteri Maria terjungkit. "Kau nak Lissa?Aku ingatkan kau dah give up kan dia semata nak jadi raja?"

"Memang!Aku ingat aku boleh lepaskan Lissa dan move on bila pindah ke Tanah Seberang. Tapi tak...makin lama aku duduk situ, makin tak tenang aku fikirkan dia dekat Zon Merah. Sebab tu aku balik semula ke akademi...aku ingatkan dia dah lupakan aku, rupanya tak...dia tak lupakan aku Maria. Sebab tu aku nakkan dia semula."

"Gila. Kau memang dah gila Micah. Kau yang buang dia...sekarang kau nak apa?Micah..ingat sikit. Kau bakal ditabalkan. Kalau ayahanda tahu tentang hal ni, pertabalan kau akan ditarik semula..."

"Sebab itulah aku mintak tolong kau untuk rahsiakannya. Minta bonda rahsiakan dari ayahanda sehingga aku ditabalkan menjadi raja. Dan bila aku jadi raja nanti., aku akan mansuhkan kesemua undang-undang tentang larangan bercinta di antara vampire dan manusia...."

"Itu rancangan kau?Jadi selama ni kau beria sungguh nak menyamar guna nama orang yang dah mati, jadi Dhampir, cari musuh keluarga diraja dan memilih untuk menjadi raja adalah kerana mahu lakukan hal tu?Mansuhkan undang-undang tu?"

"Kau fikir kenapa aku beria buat semua ni!?"cemberut Putera Mahkota Micah dengan muncung tak puas hati.

"Oh my god!Micah!Kau jangan cakap dengan aku!Yang kau memang sukakan Lissa selama ni?"

Putera Mahkota Micah terdiam tidak mengatakan apa-apa selain mengangguk kepala kerana terlalu malu.

"Hahahah...oh my god!Akhirnya!Dapat jugak aku pengakuan kau ni!"

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now