🦇Part 70🦇

599 73 0
                                    

Waktu itu itu Lissa sudahpun menolak sesiapa saja yang menghalang laluan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu itu itu Lissa sudahpun menolak sesiapa saja yang menghalang laluan dia. Teresak-esak menangis kerana begitu terdesak untuk keluar dari situ. Dia kena selamatkan ayahnya!Dia kena selamatkan lelaki yang selama ini telah korbankan segalanya termasuk cinta sendiri demi kelangsungan hidupnya.

       "Ke tepi!"arah Lissa kepada mereka di situ hampir hendak terjatuh.

         "Tahan dia!Sesiapa!Halang dia!Jangan bagi dia keluar dari pintu tu!"laung Carlus pula.

         "Jangan gunakan kuasa kau orang!Dia vampire!"pesan Ezra semasa bergelut menolak rakan-rakan Dhampirnya ke tepi kerana mereka semua menghalang laluan.

Arahan tersebut buatkan mereka yang berhampiran dengan Lissa cepat-cepat menghadang Lissa dari terus maju ke arah pintu. Ada juga yang bergegas ke arah pintu untuk mengawalnya.

Lissa tunduk ke bawah tangan setiap seorang yang cuba menangkapnya waktu itu. Sampaikan dia merangkak atas lantai tu tapi tiada siapa pun yang dapat tangkap sebab saling berlanggaran antara satu sama lain.

           "Berhenti Lissa!"panggil Ezra. "Star tak izinkan awak jejak kaki keluar ke sana!"beritahunya.

Tidak sempat Lissa hendak tiba di depan pintu itu, satu rangkulan hinggap di pinggang dari belakangnya. Tubuhnya di tarik ke belakang sebelum dia terangkat sesaat kemudian. Dia tunduk memandang ke bawah dengan nafas tertahan!

            "Arghh!!!"jerit Lissa.

            "Ada apa sebenarnya?"soal mereka.

            "Lepas!Lepaskan aku!"ronta Lissa cuba memukul tangan yang memeluk badannya. "Aku kena keluar!Lepaskan aku!!!!"air mata tidak berhenti dari mengalir. Ayah dia tak mungkin akan tinggalkan dirinya buat selama-lamanya!Tak mungkin! "Lepas!!!!" jeritnya.

             Ezra muncul di depan Lissa cuba menenangkan Lissa, tetapi Lissa tidak berhenti menolak dan memukul tangan dia. "Hentikannya Lissa!"

             "Tak!Lepaskan aku!Aku kena keluar sekarang!Lepas!!!!"

             Sesaat kemudian Carlus pula muncul. Dia yang kebingungan itu pandang keadaan Lissa meronta dengan kening mencerun. "Ada apa sebenarnya ni...kau nak ke mana Lissa?"

Soalan itu buatkan Lissa berhenti dari bergelut serta merta. Bersama dada naik turun kencang Lissa pandang akan Carlus. Dia terus capai kolar baju itu. Dicengkam penuh terdesak. Ya!Carlus!Lelaki ni pasti akan dapat bantu dia.

             "Biarkan aku keluar.. Carlus..tolong..lepaskan aku!Biarkan aku keluar.."kerutnya sebelum kembali menangis.

Semua yang ada di situ perhatikan tingkah panik Lissa seperti orang hysteria. Hairan dan kebingungan.

             Carlus pegang tangan Lissa dari terus menerus menarik kolar bajunya takut terkoyak. Kenapa dengan Lissa ni?Buat dia susah hati aje la. "Kau nak ke mana?Beritahu aku..jangan macam ni.."

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now