🦇Part 24🦇

709 87 0
                                    

Sambil diekori dari belakang, Lissa bawa Star menyusuri laluan bawah tanah tempat simpan buku lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambil diekori dari belakang, Lissa bawa Star menyusuri laluan bawah tanah tempat simpan buku lama. Mereka turun anak tangga batu yang berpusar itu sehinggala tiba di tingkat bawah.

Sepanjang perjalanan itu Star diam perhatikan belakang kepala Lissa. Dia tertanya-tanya kenapa Lissa tak cakap apa-apa sejak gadis itu membantu dirinya sembuh dari cedera?Kemudian dia tertanya-tanya kenapa malam tu vampire serang Lissa. Bukan ke Lissa ni vampire jugak?

         "Buku apa yang kau nak cari?"tanya Lissa ketika dia pusing menghadap Star.

Mata Star menatap terus ke mata Lissa. Terkedu sekejap sebab dia tidak menjangka yang Lissa hanya pandang dia dengan tiba-tiba begitu.

          "Buku tentang cara nak hapuskan vampire dengan kuantiti yang banyak.."kedipnya selepas itu.

Huh?Hapuskan vampire?Lissa pandang tidak berkedip akan Star. Seriau dia dengan suara serius Star.

           Tidak cakap banyak Lissa terus gerak ke salah satu rak yang ada di situ. Dia tilik satu persatu buku tebal di situ sehingga la jarinya berhenti di sebuah buku bersaiz gergasi dal rak tu.  "Dekat sini cuma ada dua buah buku je yang simpan maklumat pasal vampire.."dia keluarkan buku berat itu dari rak. "Buku ancient ni susah nak dapat."

Star perhatikan sahaja Lissa sehingga la gadis itu letakkan buku tadi atas meja kayu di tengah ruang bawah tanah tu.

           "Kenapa ada dua je?Mana yang lain?" sambil tanya tu dia gerak ke sisi Lissa lalu topang tangan kiri di atas meja tu. 

           "Thalia beritahu kebanyakan buku tentang vampire dimusnahkan oleh raja vampire sendiri sebab tak nak biarkan manusia biasa cari tahu akan kewujudan mereka...itu dulu la...rasanya sekarang tak ada gunanya pun."jelas Lissa semasa selak muka surat buku di situ satu persatu. "Vampire boleh di bunuh sekiranya seseorang tu cukup kuat untuk melawan mereka."

Selepas hampir suku muka surat di selak Lissa berhenti.

            "Ni...."beritahu Lissa sambil tunding jari pada tulisan yang ada di muka surat tu. "300 tahun yang lalu, rahsia penggunaan sihir ni jarang di pratikkan sebab terlalu berbahaya. Dan memerlukan kemahiran yang berpengalaman untuk kuasainya. Dan bukan semua Dhampir boleh gunakan Teknik ni.."

Selamba yang bersahaja, Star merapat ke kanan Lissa dan tunduk membaca butiran di buku tersebut.

           "Mana?"soal Star.

Terkejut Lissa bila muka Star begitu rapat dengan muka dia. Takut Star tak selesa punya pasal, dia pun anjak ke tepi.

            "Dah settle eh..lepas ni jangan ungkit pasal kau tolong aku tu.."pamitnya semasa gerak nak jauhkan diri.

Ketika Star sedang baca butiran dalam buku tu, dia capai belakang kolar Lissa dan tarik gadis itu mendekat semula.

           "Belum lagi..."beritahu dia. Lissa di berdirikan semula menghadap buku besar itu. "Semua ni bukan sihir yang boleh hapuskan vampire..ini cuma maklumat tentang cara dindingkan diri dari dikesan vampire.."beritahunya.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now