🦇Part 55🦇

648 80 0
                                    

Disebabkan arahan telah dikeluarkan oleh dekan bahawa akademi di cutikan awal dari Tarikh yang sepatutnya, kawasan Akademi Dark Curse itu telahpun lengang dari kelibat para pelajarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebabkan arahan telah dikeluarkan oleh dekan bahawa akademi di cutikan awal dari Tarikh yang sepatutnya, kawasan Akademi Dark Curse itu telahpun lengang dari kelibat para pelajarnya. Tidak seperti kebiasaannya setiap inci ruang akademi dihuni dengan kelibat pelajar serta riuh rendah, pada hari itu seperti kawasan perkuburan seluruh ruang akademi begitu sepi dan lengang yang menyeramkan.

Cahaya juga tidak ada di mana-mana tempat akademi. Dari kelas, dewan makan atau hallway. Semuanya berkeadaan gelap. Hanya kelawar sahaja yang mengisi beberapa penjuru siling ruang akademi di situ. Buatkan ianya seakan kawasan tinggalan saja suasananya.

Busss!

Lingkaran emas sama muncul di Udara hallway sebelum dua pasang kaki melangkah keluar darinya. Mendedahkan dua susuk badan dalam gelap, satu tinggi paras bahu yang lampai di sebelahnya.

       "Gelapnya.."bisik Lissa bila dia pandang sekeliling hallway yang biasa sesak dengan para pelajar berlegaran.

        "Kau lupa ke dekan dah beri arahan cuti awal jadi akademi di tutup sepenuhnya seba itu la gelap."beritahu Star sewaktu berjalan ke hadapan.

        "Aku tahu la tapi takkan tak boleh ada sikit cahaya?"

Star menjuling mata menyampah, dah tahu di tanya buat apa?
        
         Lissa yang ditinggalkan dekat belakang berlari anak mengekori langkah Star. "Apa kita buat dalam akademi?Kau kata kau perlu gunakan darah untuk Sihir Penjejak tu.."tanya dia sambil tu.

Setiba di depan anak tangga berpusar menuju tingkat atas, Star membelok ke kiri dengan mengejut. Menyebabkan Lissa bertembung dengannya lalu melanggar tepi Star. Hampir hendak terjatuh ke belakang, Lissa cepat-cepat mengundur dua langkah jauhkan diri dari Star.

          "Ish!Cakap la kalau nak belok ya pun!"getus   Lissa.

Tidak menghiraukan bebelan Lissa, Star malahan dengan bersahaja meneruskan dakinya ke arah anak-anak tangga berpusar itu.

Seriously!?Lissa berdengus tak percaya sewaktu mencekak pinggang memerhatikan belakang badan Star. Apa masalah Star ni?Bukan nak puji ke berterima kasih ke apa lepas dia berjaya peroleh darah Strigoi tu...malah di layan dingin dengan lelaki tu pulak!

Sabar aje la.

          "Kau menungkan apa lagi..lekas!"sentak Star tiba-tiba dari atas tangga tu. Lelaki itu tunduk memandang Lissa di lantai tingkat bawah tangga dengan dingin.

Uish!Bila sampai atas tu!Cepat betul?

Lissa pandang dengan kening terangkat tinggi.

          "Kita berdua aje dekat sini?Mana yang lain?kawan-kawan Dhampir kau tak ada sekali ke?"soalnya semasa tunduk melangkau dua anak tangga untuk cepat sampai ke Star.

Macam mana Star boleh sampai ke atas dengan cepat dalam keadaan gelap begini. Dia sendiri bergelut kut! Tak boleh nak pandang depan sebab kawasan tangga tu serius gelap. Nak elak dari terjatuh punya terpaksa la Lissa pandang ke anak tangga tu.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now