🦇Part 69🦇

577 75 2
                                    

Suasana bising menghuni lantai latihan waktu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suasana bising menghuni lantai latihan waktu itu. Kesemua pahlawan Dhampir sedang menjalani rutin latihan mereka. Yang belajar bertarung mahupun menggunakan sihir pentagram mereka. Semua ada di situ, sibuk dan tekun berlatih.

Lingkaran pentagram muncul di balik ke sibukan sebelum seseorang berjalan keluar melalui lingkaran itu. Melintasi mereka yang ada dengan derap langkah berkawadnya. Dhampir berpakaian seperti pengawal ituoun mendaki tangga sehingga tiba di tingkat tiga, melalui beberapa koridor sebelum tiba di depan sebuah bilik dimana pintunya terbuka luas.

Di tangannya waktu itu ada satu lipatan kertas berwarna putih. Riak wajah juga dingin tiada ekspresi.

Tidak masuk terus, lelaki itu beri ketukan pada pintu tersebut. Memandang orang yang sedang duduk di atas katil dengan buku terbentang luas atas riba.

Knock!

Knock!

         Lissa tersentak dari bacaannya apabila mendengar bunyi ketukan pada pintu. Pandang saja dia ke arah pintu, Ezra sedang berdiri memandangnya. Lelaki yang Star arahkan untuk perhatikan dia."Ya?"

          "Ada vampire datang ke sempadan daerah tadi."beritahu Ezra. "Menurut pengawal di situ vampire itu sebut nama awak Lissa.."lelaki itu berjalan masuk ke situ menuju ke arah katil.

           Tidak bergerak di atas katil itu, mata Lissa perhatikan saja lelaki lampai itu jalan mendekatinya sehinggalah berhenti tepat dia sebelahnya. Siapa pulak vampire yang mencari dirinya?"Siapa?"

            Ezra menyua lipatan kertas yang dia bawa tadi ke depan muka Lissa. "Tak dinyatakan. Vampire tu hanya berikan kertas ni supaya diserahkan kepada awak..."

Dari muka Ezra, mata Lissa turun ke tangan lelaki itu pula. Dia pandang lipatan kertas tu dengan kening berkerut. Siapa pulak ni?Buat dia takut aje la.

            "Macam mana mereka tahu awak ada di sini?Bukan ke sihir pendinding tempat ini menepis sebarang kuasa sihir penjejak?"Ezra memang curiga sebenarnya sejak Lissa jejak kaki ke tempat sacred mereka ini. Kalau bukan kerana Star yang beria mahu menempatkan Lissa di asrama mereka ini, dia takkan berasa curiga dan intip setiap gerak geri Lissa setiap masa.

Lissa ambil kertas itu dari tangan Ezra lalu membuka lipatan kertas tersebut dengan perasaan tidak tenang. Of course. Selain ayahnya siapa lagi yang dapat mengesan keberadaan dia. Tapi kenapa pengawal ayahnya hantar surat kepadanya?

             "Tak perlu guna penjejak, rasanya seluruh Zon Merah tahu saya bersama dengan Star sekarang."beritahunya.Lelaki misteri dan mencurigakan tu masih buatkan dia tertanya-tanya siapa Star sebenarnya.

Ezra yang dengar tidak membalas kerana setuju dengan jawapan Lissa.

Selepas kertas itu terbuka sepenuhnya, mata Lissa di sapa dengan coretan yang amat dia kenali. Tulisan yang dia lihat buat pertama kali selepas menyambut ulang tahun ke-19 tempoh hari. Hal itu buatkan Lissa mengalihkan buku yang ada atas ribanya ke atas katil sebelum dia berdiri untuk baju surat tersebut.

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now