🦇Part 35🦇

696 86 0
                                    


Ding!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ding!

Ding!

Ding!

Gema loceng tamat kelas bergema beberapa kali.

Dan master depan kelas pun mula melaung.

       "Baik. Sampai di sini sahaja kelas kita untuk hari ini. Di minta untuk menyiapkan nota yang saya berikan dan hantarkannya kepada ketua kelas untuk semakan. Siapa yang tak siap kena denda ya..."

        "Baik master."

Seusai itu baru la para pelajar mula bersurai keluar dari kelas tersebut.

Knock!

Knock!

Tangan itu mengetuk permukaan meja kayu.

Buku nota dimasukkan ke dalam beg semasa Lissa dongak memandang ke kanan meja dia.

Kelas sudahpun lengang dari pelajar kerana kebanyakan mereka di situ telah keluar terlebih dahulu untuk menghadiri kelas yang seterusnya. Kebetulan waktu itu Lissa masih ada di situ.

Mereka berdua saling bertentang mata.

"Ada apa?"Lissa berkerut kening.

       "Ikut aku sekejap."beritahu Vlad.

       "Hah?Nak ke mana?"

       "Ada something yang aku nak bincangkan dengan kau.."

Lissa teragak-agak.

       "Tapi saya ada-"

       "Tak boleh. Lissa ada hal dengan aku..."sampuk suara lain dari meja belakang.

Dengan serentak Lissa dan Vlad pun toleh ke belakang. Di situ berdirinya Star. Tak perasan. Ingatkan Star dah keluar awal sekali dengan pelajar yang lain tadi.

Star berdiri menghadap Vlad. Memberi renungan mencabar kepada Vlad.

         Pfft!Hujung bibir Vlad terjungkit. " Kau siapa? Boyfriend Lissa?Kawal dengan siapa dia patut temui?Macam tu?"

         Seperti spring, Lissa melompat bangun dari kerusi, menempik Vlad. "Vlad!"uish!Main lancar aje sebut gelaran keramat tu. Dekat musuh dia sendiri lagi tu. "Apa awak ni!"

Vlad pandang ke Lissa bersama senyuman boyish nya.

           "Betul la kan yang Star bukan teman lelaki kau...jadi tak ada hal untuk aku dekati kau, ya tak Lissa?"

Menganga Lissa bila Vlad cakap macam tu. Sikap provoke Vlad begitu menjengkelkan dia.

        Rahang Star berketik dengan komen Vlad. Dia gerak keluar dari meja itu lalu berdiri di depan Vlad rapat. Rasanya dekat sini tiada siapa yang pekak apalagi lembab sampai tak boleh nak faham bahasa. "Kalau kau tak nak dalam masalah, aku nasihatkan kau untuk jarakkan diri dari Lissa."apa masalah Vlad dengan Lissa?Kenapa lelaki ni tak berhenti hendak menggangu Lissa?

47. Inlove With VampireWhere stories live. Discover now