" Weh apa dia buat kat fakulti kita? "
" Dia tukar kos ke? "
" Jeno ada rival la macam ni. "
" Takde rivalnya nyah. Jeno tu memang ada girlfriend. Dia je lah yang jadi attention lepasni. "
HyeIn yang mendengar bisikan-bisikan pelajar yang berdekatan dengannya cuba untuk mengetahui siapa sebenarnya yang mengunjung fakulti mereka.
Seakan-akan dejavu ketika Jeno pertama kali menjejakkan kaki di fakulti Kwangya, situasi persis seperti yang sekarang. Tetapi sebaik sahaja kedatangan Jeno disitu untuk berjumpa dengannya, pelajar perempuan tersebut tidak mengendahkan kehadiran Jeno lagi.
Hanya ada segelintir yang tergolong dalam kalangan junior. Jeno seorang yang terkenal kerana dia ialah pemain bola keranjang terbaik di universiti mereka.
" Jung HyeIn ", suara yang garau menyapa.
HyeIn kembali dari lamunannya apabila mendengar namanya disebut.
" Sorry awak siapa? "
Melihat keadaan sekeliling yang memberikan sepenuh perhatian kepada mereka membuatkan HyeIn sedar bahawa Jaemin ialah penyebab keriuhan sebentar tadi.
" Na Jaemin "
HyeIn mengambil masa beberapa saat untuk mengenal pasti nama tersebut kerana tidak asing ditelinganya. Setelah dia mengimbas kembali memori, dia teringat kembali bahawa Jaemin ialah anak kepada kawan baik arwah ibunya. Setelah arwah ibunya meninggal ketika dia baru sahaja berumur 5 tahun, mereka sudah tidak berjumpa.
Setelah HyeIn mengangguk tanda dia mengenali Jaemin, tanpa melihat sekeliling, Jaemin berkata selamba.
" Aku nak minta kau jadi girlfriend aku "
" kau cakap apa gila. ", gadis itu panik apabila pelajar perempuan yang lain melirik tidak puas hati kearahnya.
" kau dengar kan aku cakap apa? ", selangkah demi selangkah Jaemin menghampiri HyeIn menyebabkan HyeIn berundur sehingga terduduk dikerusi belakangnya.
" Aku ada boyfriend. ", HyeIn bersuara tegas supaya tidak mendapat kecaman dari mata-mata yang memandangnya.
Pada masa yang sama, kelibat Jeno di fakulti tersebut sudah kedengaran oleh pelajar junior membuatkan HyeIn panik.
" Jaemin please. Aku taknak Jeno salah paham dengan cara kau ni. "
Jaemin tersenyum sinis dan menatap mata HyeIn. Sebaik sahaja wajahnya dan wajah HyeIn bersebelahan, dia berbisik.
" Kalau kau taknak Jeno nampak ni, just say yes. "
Tanpa memikirkan akibatnya, HyeIn lantas mengangguk.
" Just a fake relationship "
Namun, perkataan terakhir Jaemin tidak didengari oleh HyeIn kerana dia terus berlari mendapatkan Jeno yang sudah tidak jauh daripada tempat dia berdiri.
" Sayang, kenapa awak panik? "
" tak tak de. Saya letih je. Jom lah. "
Jeno berpaling kebelakang dan melihat Jaemin melambai kearahnya.
" Jaemin? "
" Kau ingat lagi aku Jeno. ", Jaemin berkata sendiri sambil tersenyum sinis.
*****
HyeIn menemani Jeno untuk berlatih bola keranjang untuk pemilihan hari Sabtu yang akan datang. Dalam perjalanan, Jeno membuka bicara.
" HyeIn awak kenal Jaemin? "
" Kenal. Awak kenal dia? ",
HyeIn cuba menyembunyikan riak wajahnya yang panik." Kenal sangat. Awak tahu kan saya ada girlfriend sebelum awak? "
"Ehem. Karina. Tahu. "
" Dia tinggalkan saya sebab Jaemin. "
Suasana menjadi bisu seketika apabila HyeIn terkedu mendengar penjelasan Jeno.
Dia berkata dalam hati kecilnya, " aku...sekarang...girlfriend Jaemin? "
Jeno beranggapan bahawa teman wanitanya cemburu . Segera dia menjelaskan perasaannya.
" eh awak jangan jealous. Saya minta maaf. Lagipun tu kisah masa sekolah menengah. Dah lama sangat lagipun tak matang. Lain lah kalau baru semalam kan. "
HyeIn tersenyum manis. Jeno sentiasa bersama dengan perkataan maaf. Tidak lekang menitip dibibirnya. Membuatkan HyeIn tidak pernah jemu bersama Jeno.
" Lee Jeno! "
Chenle menjerit memanggil sambil membaling bola keranjang ditangannya.
" HyeIn!- "
" awak! ",membulat mata HyeIn mendengar hentakan bola pada belakang Jeno.
" Chenle kau kan! ", Jeno mengejar Chenle yang telah pun membuka langkah seribu melarikan diri.
HyeIn tertawa melihat gelagat mereka.
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanficCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...