HyeIn menanti kehadiran Jeno dihadapan rumahnya seperti yang dijanjikan.
Sementara menunggu, HyeIn tertanya-tanya mengapa Jaemin membantunya dihadapan Jeno ketika di universiti tadi?
Berbisik hati kecilnya,
" haritu paksa aku harini cakap lain pula. Sebab ada Jeno ke?" Jaemin ni nak apa sebenarnya." Jung HyeIn! ", suara seseorang yang dinanti akhirnya tiba dengan penuh mesra. HyeIn berlari anak dengan senyuman lebar diwajahnya.
Sambil mengemudi kereta viva berwarna hitam itu, Jeno mengusik teman wanitanya yang asyik mengelamun.
" HyeIn, awak tahu tak siapa lagi cantik dari awak? "
" Hm? Tak tahu. Awak nak cakap siapa cantik? ", HyeIn mengerutkan dahi.
" betul lah tu. Tak ada siapa ", senyuman yang lahir daripada mata Jeno membuatkan HyeIn tertawa.
" Jeno, saya nak bagitahu ni. ", HyeIn ingin memberitahu Jeno bahawa dia tidak dapat hadir dalam pemilihan pemain bola keranjang Sabtu ini.
Dia ragu-ragu dengan keputusannya tambahan pula pada hari itu ialah hari mereka telah pun 4 tahun bersama.
" kau nak ikut aku or aku bagitahu Jeno sekarang kau girlfriend aku? "
Ugutan Jaemin yang bermain dimindanya turut tidak boleh dia endahkan.
" Awak nak cakap apa? ", Jeno bertanya.
" sa...saya tak boleh datang dalam pemilihan awak Sabtu ni. " , tergagap-gagap HyeIn berbicara.
" kenapa? Awak always free kan masa awak untuk hari permainan saya. Time tu juga anniversarry kita. ", Jeno menatap mata HyeIn penuh tanda tanya.
Sedikit sebanyak dia dapat merasakan perbezaan pada diri HyeIn.
" okay HyeIn look. If you have any problem, u can talk to me. ", senyuman diiwajah Jeno memudar apabila dia merisaukan HyeIn.
Namun, gadis itu tetap memilih untuk merahsiakannya.
" no. no. saya okay je. Just saya memang ada hal. "
Mustahil dia akan memberitahu Jeno lebih-lebih lagi hal ini berkaitan Jaemin.
Melihat HyeIn yang terdiam, Jeno akhirnya memahami HyeIn dengan berkata, " takpelah kalau awak ada hal Sabtu ni, lagipun baru kali ni kan awak tak dapat datang."
Jeno memakirkan kereta miliknya di tempat parkir kereta yang disediakan dan tersenyum kepada HyeIn setelah selesai berbicara.
Seperti kebiasaan, dia akan membukakan pintu kereta untuk teman wanitanya.
" We arrived at our destination my lady. ", Jeno menunduk sambil menyilangkan tangannya kebelakang melayani HyeIn seperti permaisuri.
HyeIn tertawa sambil berkata.
" yes my prince. "Peribadi Jeno yang sangat setia dan memahami bukan sahaja memikat hati HyeIn, tetapi memikat hati majoriti pelajar perempuan di Universiti NCT. Tambahan pula dia sangat tampan dan tinggi.
*****
" Jisung Park! ", Chenle dengan slang cinanya memanggil Jisung yang turut hadir dalam sesi latihan terakhir bagi pemilihan pemain pada hari esok." Jeno takde ke kau berani panggil aku? ", sambil memerhati sekeliling.
" berani pula kau sahut aku. Jaemin tak de ke? ", Chenle mengusik kembali.
" kau ni. Jeno mana? Tak pernah-pernah dia lambat. "
" esok anniversarry dia dengan HyeIn, dia cari hadiah la apa lagi. ", Chenle sudah sangat lali dengan sikap Jeno sehinggakan dia mengetahui tarikh-tarikh penting Jeno dan HyeIn. Kadangkala dia perlu mengikuti sahabatnya itu untuk mencari hadiah.
Jisung terdiam apabila mendengar kata-kata Chenle membuatkan rakan dihadapan mata hairan.
" Asal kau diam? "
" Kau tahu tak pasal Jaemin dengan HyeIn? "
Mendengar pertanyaan tersebut, Chenle menarik tangan Jisung dan membawanya keluar dari gelanggang untuk bergosip.
" Kau jangan macam-macam Ji. Hal yang betul pasal Karina pun Jeno tak tau lagi. Ni HyeIn pulak. "
" tak weh. HyeIn dengan Jaemin tu- ah weh weh weh aku bla dulu. ", belum sempat Jisung menghabiskan kata-katanya, Jeno sudah menghampiri membuatkan dia perlu beredar.
Jisung menuju ke fakulti Kwangya seperti yang Jaemin arahkan sebaik sahaja selesai latihan. Kakinya terhenti saat melihat Jaemin dan HyeIn berada di kerusi berdekatan dengan dewan kuliah.
Secara rahsia dia bersembunyi disebalik dinding untuk mendengar perbualan mereka.
" mak aku nak jumpa kau Sabtu ni. Nanti bagi aku alamat rumah, aku ambil dalam pukul 9 macam tu. " , ringkas Jaemin memberi arahan.
" tapi Jeno ada pemilihan pemain untuk bertanding masa tu. ", HyeIn pula masih berharap dapat menghadiri untuk menyokong Jeno seperti yang sebelumnya.
" aku dah bagitau mak aku. Nak tak nak kau tak boleh cancel. "
" weh Jaemin! ", gadis itu menjerit memanggil Jaemin kembali kerana Jaemin sudah pun mengatur langkah untuk beredar tanpa persetujuan darinya.
YOU ARE READING
Forced to be Loved
أدب الهواةCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...