Jeno melangkah masuk dengan kaki kanan sebaik sahaja pintu dibuka. Langkahnya semakin perlahan menghampiri Puan Na yang menghubunginya untuk datang ke rumah kerana terlihat Jaemin dan HyeIn.
Dia hanya berdiam diri dan tidak mengajukan apa-apa soalan yang sedang bermain difikirannya. Jeno duduk di sofa berhadapan dengan Puan Na disebabkan Jaemin duduk disebelah ibunya manakala HyeIn dihadapan Jaemin.
" kenapa tak bagitau mama HyeIn ni siapa? ", Puan Na memecahkan keheningan. Ketiga-tiga mereka masih menundukkan wajah, masing-masing mempunyai firasat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
" siapa HyeIn ? ", Jaemin bertanya kembali atas sebab kekeliruan.
" Kenapa tak cakap je kat mama HyeIn ni sebenarnya dengan Jeno ? "
" Mama- "," Diam ", Puan Na memotong Jeno sebaik sahaja dia membuka mulut. Wanita itu kembali merenung mata anaknya, Jaemin.
" sebab masa tu mama bukan dalam keadaan boleh dengar semua tu. ", Jaemin mengimbas kembali keadaan dimana Puan Na hanya menginginkan permintaaannya ditunaikan.
" Jadi lebih baik sorok dari mama? Mama ni memang sakit, ada kanser tapi hati mama tak sakit tergamak buat kawan sendiri macam tu. ", Puan Na mula meninggikan suara. Dia tidak peduli dengan keadaan sekeliling ketika memarahi anak tunggalnya.
" Nana buat semua ni untuk mama tau bukan untuk diri Nana . Mama ingat Nana nak ke dengan HyeIn lagi-lagi bila Nana sendiri tau HyeIn ni dengan Jeno.", Jaemin kembali menundukkan wajahnya.
" Nana tahu kan family kita dengan Jeno macam mana. Takkan tak terfikir yang mama akan okay sebab Jeno pun macam anak mama sendiri. "
Pada saat ini, Jaemin sudah hilang sabar, " Jeno, Jeno, Jeno ! Mama ada fikir pasal perasaan Nana tak? ", dia berdiri menghadap Puan Na, mata bertentang mata.
" Memang Nana salah sebab paksa HyeIn jadi girlfriend Nana. Tapi Nana buat tu untuk mama. Mama ingat Nana tak fikir pasal Jeno ke time tu? Nana lagi pentingkan mama dari Jeno. Sekarang ni Nana dah mula jatuh hati dengan HyeIn. Sakit bila Nana tahu hubungan dengan HyeIn ni cuma sementara sebab perasaan HyeIn ada kat Jeno. Jeno yang lepaskan HyeIn. Salah Nana sebab jadi orang ketiga. ", air mata Jaemin mengalir perlahan-lahan dipipinya, lantas memandang Jeno, " salah aku sebab cuba buat HyeIn sukakan aku bila aku mula suka kat dia. Aku tahu aku patut biarkan HyeIn dengan kau bila mama aku takde, tapi aku terus menerus nak HyeIn ada dengan aku. "
Kini, Puan Na terdiam.
" kau tak boleh nak salahkan diri kau sorang dalam hal ni. HyeIn ada pilihan untuk tolak setiap kali kau ajak dia keluar and stay dengan aku. Tapi dia pilih untuk teman kau. Punca kitorang putus tak kan pernah jadi sebab kau. Tapi sebab hilangnya kepercayaan, perasaan ragu-ragu dalam diri HyeIn mula ada antara kau dengan aku. ", Jeno cuba untuk menenangkan Jaemin, meskipun teman wanitanya yang cuba diambil, dia faham bahawa perasaan Jaemin tidak dapat dikawal.
" Awak nak salahkan saya? ", tiba-tiba HyeIn bersuara.
" Jung HyeIn not now. ", Jeno menghentikan HyeIn sebelum pergaduhan lain yang tercetus.
" No no jangan suruh saya stop. You put the blame on me Lee Jeno? ", HyeIn tidak mengawal emosinya meskipun Puan Na masih berada disitu.
" who suppose to be the one I put the blame on then ? ", gadis itu terpaku. Tidak tahu apa yang perlu dikatakannya kerana dia tahu bahawa Jeno hanya berkata benar.
Sebelum Jeno ingin terus menyalahkan gadis itu, Puan Na terlebih dahulu memotongnya, " Jeno pun kenapa ea tak bagitau je apa yang jadi. Kenapa tak cakap je? Memang zaman kamu bertiga ni semua nak jadi hero abaikan hati sendiri ke ? Tak boleh jujur je ? ", masing-masing diam membisu." Jeno pun anak mama juga, kalau bukan Jaemin dengan HyeIn, Jeno dengan HyeIn pun dah buat mama gembira. Kenapa nak berkorban untuk balas budi mama dengan Nana? ", air mata wanita itu mengalir ketika dia melihat wajah Jeno.
ANDA SEDANG MEMBACA
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...
