She is Jeno's treasure

29 3 0
                                    

" Aku ni dah lama tak exercise, jom teman aku, kita joging kat kawasan uni. "

" kenapa nak joging kat sana? U kita tu besar lah. ", HyeIn cuba memberikan alasan untuk mengelak.

" sebab besar lah aku ajak kau pergi situ. Kau pun mesti taktau semua yang ada kat U kita kan. "

" Kau ni, yelah pukul 5 kita jumpa, kau ambik kat rumah aku. Jangan bawak motor ea nanti orang nampak aku dengan kau. "

" biarlah semua orang tahu kau dengan aku. ", gelak tawa Jaemin sempat didengar oleh HyeIn sebelum dia mematikan panggilan tersebut.

" laju je dia ni kalau end call. ", Jaemin bercakap sendiri sambil merenung nama HyeIn yang tertera di skrin telefon.

Jisung melirik kearah Jaemin yang sedang bersiap untuk beredar, " baru pukul 4:30, awalnya nak gerak. Kata jam 5. "

Jaemin hanya tersengih tanpa memberikan sebarang jawapan.

" tak sekarang ni. Kenapa kau panggil aku kalau kau nak keluar. ", Jisung menukar posisi daripada baring kepada duduk. Memberikan sepenuh perhatian pada gerak geri sahabatnya itu.

" untuk kau tolong teman mama aku jap sampai malam ni je, 7 lebih aku balik lah. Ayah aku kat office. Lagipun mama aku nak jumpa kau. ", panjang Jaemin menjawab pertanyaan tersebut.

" nasib member. Keluar lah kau. "

" Thank you Jie! "

Sementara menunggu waktu berlalu, Jaemin mengambil angin di satu kawasan perumahan dengan menunggang motosikal hitam miliknya. Dia berhenti di sebuah taman.

" Aku tak sangka persahabatan kita hancur sebab perempuan dan semakin hancur sebab perempuan . Taman ni lah tempat aku tahu Karina curang dengan aku. And how can scandal dia kau. Masa aku nak mengalah and lepaskan Karina, kau ingat dia curang dengan kau. Kau anggap aku orang ketiga bila orang ketiga tu sebenarnya kau.

Kau hancurkan friendship kita macam tu je sebab salah faham. Aku lagi sayang kau daripada Karina Jen. ", air mata Jaemin mengalir perlahan-lahan, betapa perit rasanya kehilangan  seorang sahabat.

" And sekarang Jeno lepaskan HyeIn untuk kau. So korang win win situation kan? Why not kau jumpa and berbaik balik dengan dia? ", Minjeong yang kebetulan berada di taman kawasan perumahannya itu menghampiri Jaemin apabila dia mendengar keluh kesah suara yang dikenalinya.

Keadaannya yang mengah dan pakaian sukan yang dikenakan jelas menunjukkan bahawa gadis itu sedang bersukan seorang diri.

" Jeno tinggalkan dia. Bukan lepaskan dia. ", Jaemin menjawab tanpa menoleh kepada siapa yang berbicara.

" tak semua benda pasal hati budi Jeno kau tahu. Well, aku cakap dia lepaskan HyeIn bukan tinggalkan HyeIn. Kau tahu kan beza dia. ", Minjeong mengakhiri kata-katanya dan memasang lagu sambil berehat dibawah sepohon pokok berlindung daripada cahaya matahari.

Jaemin memandang gadis itu, seakan-akan menunggu apa yang akan keluar daripada mulutnya.

" Aku tahu daripada Jisung, dia tahu semua benda pasal ni." , gadis itu hanya memberikan maklumat yang tidak disoal oleh Jaemin.

****

" Nanti ajaklah Jisung datang rumah, mama nak borak-borak dengan dia. "
Terngiang-ngiang dikepala Jaemin apa yang dikatakan oleh Puan Na pagi tadi. Akhir perbualannya dengan Minjeong membuatkan dia tertanya-tanya apa yang ingin dibualkan oleh mamanya dengan Jisung.

" Jaemin. "

" Na Jaemin! ", HyeIn menghalang jalan Jaemin sambil mendepakan tangannya mengakibatkan Jaemin berhenti mengejut lalu terlanggar gadis itu. Tindakan refleks Jaemin menyelamatkannya apabila dengan pantas tangannya ditarik oleh Jaemin.

Forced to be LovedWhere stories live. Discover now