" Jie, ikut aku gi dewan budaya jom. ", Jaemin merangkul kemas lengan Jisung dan ingin menariknya menuju ke dewan tersebut.
Namun langkahnya terhenti dengan kata-kata Jisung.
" kalau kau cakap nak tengok Hye In, tak payah. " , dia menolak tangan rakannya dengan lembut.
" kenapa pulak tak payah? semua orang boleh je tengok rehearsel tu kalau free. ", Jaemin kembali menjawab. Latihan persembahan untuk majlis graduasi pelajar tahun akhir sedang dijialankan ketika itu dan para pelajar yang lain boleh sahaja menghadiri sesi latihan.
" sebab Jeno pun nak pergi sana lepas dia habis kelas. kelas dia sama dengan kita jadi dia mesti pergi sana sekarang tengok girlfriend dia. Aku taknak kau dengan dia salah faham lagi. ", Jisung menyambung.
Dia cuba untuk menghalang Jeno dan Jaemin daripada timbulnya salah faham lagi. Chenle telah pun memberitahu Jisung apa yang telah terjadi ketika mereka berada di rumah Hye In tempoh hari. Mereka berdua telahpun berbincang untuk sedaya upaya mengelakkan rakan masing-masing daripada bertembung buat sementara waktu.
Tambahan pula hubungan Jeno dan Hye In semakin keruh. Mereka langsung tidak berhubung sudah hampir seminggu tetapi hanya Jeno yang menjaga batas pergaulannya dengan pelajar perempuan yang lain untuk mengelakkan Hye In daripada bertambah dingin.
" aku datang tengok pun support sebagai kawan. Tak lebih pun dari tu. "
" ye tapi kau ada hati dengan dia Na Jaemin. ", Jisung menarik tangan Jaemin yang ingin berlalu pergi membuatkan langkah Jaemin kembali kebelakang.
" Apa kaitan perasaan aku dengan nak tengok dia sekarang ni ? "
" macam mana kau nak hilangkan perasaan kau kalau macam tu ", Jisung sudah semakin hilang sabar. Dia hanya tidak mahu Jaemin akan berakhir dengan patah hati kerana Hye In akan tetap menjadi milik Jeno.
" macam mana aku nak buang perasaan tu kalau aku tetap kena jumpa Hye In bila mak aku nak jumpa dia. "
" At this moment, kau cuma gunakan mama kau untuk jumpa Hye In, kau tahu kau boleh je panggil Hye In tu bila berkait dengan mama kau je. Tapi sekarang hampir setiap masa kau jaga dia sedangkan Jeno tu ada je. ", Jisung melangkah pergi tanpa menunggu Jaemin.
Jaemin hanya melihat Jisung berlalu pergi. Dia terkedu dengan kata-kata rakannya yang betul-betul menusuk kedalam hatinya.
" Aku takboleh kawal diri aku Jisung."
*****
Jeno telah tekad dengan keputusannya sejak malam semalam. Hatinya sudah mulai rapuh dan tiada apa lagi yang ingin dia pertahankan. Itulah punca sebenar dia tidak menghampiri Hye In selama seminggu, dia mengambil masa untuk membuat keputusan.Dia mengatur langkah kakinya menuju ke dewan budaya bersama Chenle yang sekaligus ingin menghadiri latihan kerana Chenle juga merupakan ahli kelab kebudayaan. Ketibaan Jeno di dewan tersebut tepat pada berakhirnya latihan Hye In.
" Le, aku nak pergi jumpa Hye In tau. Nanti call lah aku bila kau nak balik. "
" eh, kau lepak je lah dengan Hye In, nanti aku balik dengan Jisung." , Chenle tidak ingin mengganggu masa Jeno bersama teman wanitanya yang sudah lama menjauhkan diri. Namun Jeno hanya membalas kata-kata Chenle dengan sebuah senyuman.
" aku jumpa dia tak lama. "
Jeno berlalu pergi mendapatkan Hye In yang sedang duduk dibelakang dewan berehat seketika. Keputusan Jeno semakin tekad apabila dia melihat Jaemin menemani Hye In berehat. Jaemin sedang duduk disebelah Hye In sambil memegang telefon bimbit milik teman wanitanya.
Jeno sudah mula tidak merasakan cemburu dalam hatinya, dia hanya tersenyum sinis melihat gelagat mereka.
" Jung Hye In ", dengan hanya nama yang disebut, Hye In berdiri menghadap Jeno yang tidak jauh dairipadanya.
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...