Jaemin berlari masuk ke bilik ibunya sebaik sahaja dia tiba dirumah. Ayahnya yang turut berada disitu terkejut dengan kehadiran Jaemin yang secara tiba-tiba menolak pintu bilik dengan sangat kuat." Mama, mama okay? Tak pernah-pernah mama pengsan sebelum ni. "
Puan Na memegang erat tangan anak lelakinya, seraya berkata, " Nana, maafkan mama sebab tak bagitahu awal-awal. Mama sebenarnya sakit… kanser. Mama tak nak bagitahu sebab tak nak Nana risaukan mama. " Puan Na menahan air matanya dari jatuh.
Sebak didada membayangkan suatu hari nanti dia tidak akan dapat melihat wajah anaknya lagi.Jaemin tercengang. Melirik ayahnya yang hanya menundukkan wajah. " Jadi kenapa baru nak bagitahu sekarang? " kakinya melangkah keluar tanpa menoleh kebelakang.
Jaemin duduk di kerusi meja makan dan menundukkan wajahnya.
" Jaemin…ada sesuatu yang ayah nak bagitahu. "
" Jangan cakap pasal HyeIn lagi. ", seperti yang Jaemin sangkakan, itulah perkara yang cuba dibincangkan oleh ayahnya.
" Macam mana kalau ayah cakap kalini ada kena mengena dengan mama? "
Jaemin menatap ayahnya tanpa sepatah kata.
" Mama bagitahu ayah, dia nak sangat tengok Jaemin dengan HyeIn sebelum dia pergi. Ayah tak nak cakap dengan Jaemin pasal ni sebab ayah tahu Jaemin pun tak suka. Tapi bila tengok muka mama berharap sangat, ayah tak boleh nak abaikan permintaan tu." , jelas si ayah dengan harapan anaknya bersetuju.
Jaemin mengeluh, berbisik didalam hatinya, " masalahnya HyeIn tu girlfriend orang."
Dia hanya mengangguk. Menurunkan ego dan kembali menghampiri ibunya.
" Mama ada apa-apa nak bagitahu Nana ke? "
Lantas si ibu menjawab," Nana tahu kan apa yang mama nak sangat. Mama nak sangat tengok Nana ada girlfriend. Lega hati mama kalau dapat kenal dengan bakal menantu mama sebelum mama-" kata-katanya dipotong." Ma, sepatutnya kita luangkan masa sama-sama. Kenapa mama fikir sangat pasal ni? Mama memang nak tinggalkan ayah dengan Nana ke? "
" supaya mama tak risau kalau mama dah tinggalkan Nana nanti…"
Jaemin menahan air matanya sehinggakan dia sukar untuk berkata-kata. " Kalau mama nak sangat, boleh. Nana tunaikan. Nanti Nana cari bawa jumpa mama lepastu mama dah tak payah risau lagi. Jangan cakap lagi pasal pergi pergi ni semua. Mama ni overthinking. "
" HyeIn ", ibunya tegas bersuara.
" Cuma dia yang mama percaya boleh jaga Nana. "
" Kenapa mesti dia ma!? ", Jaemin akhirnya sudah hilang sabar dengan permintaan ibunya yang tidak masuk akal daripada dulu lagi.
" sebab arwah mama HyeIn cuma percayakan Nana untuk jaga dia! "
Encik Na lantas berlari masuk kedalam bilik apabila mendengar isterinya meninggikan suara. Segera dia meminta Jaemin untuk beredar dan bertenang.
******
" Jung HyeIn "
![](https://img.wattpad.com/cover/298096683-288-k18270.jpg)
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...