Picture Part 2

40 3 0
                                    

" Jeno " , dengan pantas Jeno meletakkan kembali bingkai gambar tersebut.

" saya tak tahu macam mana nak bagi awak keluar sekarang ni. saya takut ayah saya dengar bunyi pintu ".

Ayah HyeIn telah meletakkan syarat bahawa HyeIn tidak boleh keluar rumah apabila lewat malam melebihi jam 10, disebabkan itu, ayahnya memasang penggera yang akan berbunyi sebaik sahaja pintu dibuka.

" saya minta maaf sebab datang sekarang. saya panik sangat. takpe saya boleh keluar ikut tingkap."

" bahaya. bilik saya ni tingkat 2, saya taknak ambik risiko awak sakit. "

" habistu takkan saya duduk rumah awak? "

" awak tidur kat sofa tu. "

Mendengar nada suara HyeIn yang masih kasar, Jeno menghampirinya.

" I'm sorry Lee Jeno. " , HyeIn mengerutkan dahi kehairanan mengapa Jeno menyebut namanya sendiri.

" Tu apa yang Karina cakap masa dia peluk saya. dia cakap dekat saya yang awak curang. dia nak saya tinggalkan awak. ", berlinang air mata HyeIn mendengar penjelasan Jeno.

Dia menarik nafas dalam sebelum mula berbicara. " jadi Karina yang sebarkan gambar tu, dia juga yang sebarkan gambar saya dengan Jaemin kan. sebab dia masih sukakan awak? "

" HyeIn jujur saya tak tahu siapa punya kerja tu, tapi saya memang takde perasaan langsung dengan Karina, awak boleh nampak dalam gambar tu saya tak sentuh dia langsung. "

Kelembutan Jeno menjelaskan segalanya kepada HyeIn membuatkan gadis itu menangis, " saya tahu awak sedih sangat sekarang. semua yang jadi hari ni bukan salah awak pun sayang. awak rehat tidur. tenangkan diri awak okay. " , Jeno membelai lembut rambut HyeIn.

Tiba-tiba, mata Jeno tertumpu pada satu sudut dibilik HyeIn yang dihiasi cantik dengan khemah kecil berwarna merah jambu beserta karpet berbulu yang turut mempunyai warna yang sama. kelihatan seperti sudut bacaan.

" cantik awak hias sudut bacaan awak. saya nak tengok boleh? "

HyeIn mengangguk.

Apabila Jeno sudah melabuhkan punggung untuk melihat dalam khemah kecil tersebut, HyeIn dengan serta merta berlari mendapatkan Jeno dan menutup mata teman lelakinya.

" awak kenapa ni? "

" jangan tengok! "

" awak sorok apa dari saya ni Jung HyeIn " , dengan kudrat kekuatan seorang lelaki, Jeno berjaya mengalihkan tangan HyeIn daripada matanya diringi gelak tawa mereka.

Jeno melihat gambar yang digantung didalam khemah kecil tersebut, lantas memandang HyeIn kehairanan.

" mana awak dapat gambar-gambar ni? " , Jeno melihat satu per satu polaroid tersebut menantikan jawapan HyeIn.

" ni gambar saya masa sekolah menengah, masa saya main basketball, hari sukan, and semua gambar ni saya tak pandang kamera. siapa yang tangkap gambar saya ni? macam mana awak ada semua ni? "

Jeno kembali menyoal apabila HyeIn tetap membisu.

" Jeno awak memang betul-betul tak kenal saya rupanya. " , HyeIn tertawa kecil.

" saya satu sekolah dengan awak dulu, gambar-gambar tu semua saya yang ambil, saya tahu awak dengan Karina,- "

" HyeIn awak suka saya daripada sekolah menengah? " , Jeno memotong percakapan HyeIn.

" yes. tapi saya tak dekat dengan awak sebab awak ada girlfriend masatu. "

HyeIn mengambil gambar Jeno bermain bola keranjang dan memberikan kepada Jeno untuk membaca apa yang tertulis dibelakang polaroid tersebut. " Lee Jeno, suka main basketball. Latihan every weekend pukul 9 pagi. " , secara spontan Jeno memeluk HyeIn dengan erat sehingga air matanya jatuh.

Forced to be LovedWhere stories live. Discover now