" Boyfriend kau smart gila HyeIn ! ", Minjeong menepuk-nepuk bahu rakannya disebelah kerana terlalu teruja dengan pasukan Fakulti Kwangya.
Kesemua mahasiswa dan mahasiswi berkumpul di gelanggang tertutup untuk menyaksikan perlawanan antara fakulti untuk menjadi wakil bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
HyeIn tersenyum melihat Jeno yang sering kali menjaringkan bola. Prestasinya sangat meningkat.
Fakulti Kwangya berada di titik kemenangan apabila Jeno menjaringkan gol yang terakhir.
Para pelajar bersorak kegembiraan lebih-lebih lagi pelajar perempuan apabila yang menyumbang kepada kemenangan terakhir itu adalah Jeno.
Disaat HyeIn ingin berlari mendapatkan Jeno seperti kebiasaannya, langkahnya terhenti ketika berada dianak tangga apabila melihat Yoona memeluk lengan Jeno dengan penuh kegembiraan.
Apa yang lebih menyakiti hatinya ialah Jeno tidak mengelakkan diri dari gadis itu. Jeno sentiasa akan berlari ke arah HyeIn ketika teman wanitanya itu datang kepadanya dan tidak sesekali melayan sesiapa sahaja yang cuba memegang tangannya inikan pula memeluk.
Melihat Jeno yang tidak mencarinya langsung membuatkan dia cemburu.
Tambahan pula, dari jauh dia dapat memerhati Chenle yang cuba untuk memberi isyarat kepada Jeno untuk memerhati dirinya yang sudah melihat kemesraan Jeno dengan pelajar perempuan yang lain.
Situasi tersebut turut dilihat oleh Jaemin yang berada di tempat duduk paling belakang apabila dia ingin meraikan kemenangan Jisung yang turut menjadi ahli pasukan Fakulti Kwangya.
Gadis yang bersama Jeno sebentar tadi telah pun meninggalkan Jeno yang ingin menghampiri HyeIn. Namun ketika dia sudah berada beberapa langkah dari teman wanitanya. Jaemin muncul secara tiba-tiba.
" HyeIn " , nama gadis itu diseru. Kedengaran suara yang mememanggil jelas daripada belakang.
HyeIn menoleh, belum sempat tubuh badannya menghadap Jaemin, Jeno menarik tangannya untuk kekal berada disisi.
Jeno mengalihkan pandangannya daripada Jaemin kepada HyeIn apabila dengan kasar HyeIn melepaskan diri dari genggaman tangannya.
Lebih mengejutkan ialah HyeIn berjalan kearah Jaemin yang berada lebih kurang tiga anak tangga daripada mereka.
" Jung HyeIn ", Jeno memanggil dengan suara yang sangat garau.
HyeIn tidak mengendahkan Jeno tetapi sebaliknya, dia menarik lengan Jaemin untuk mengikutinya.
" sekarang ni awak nak pergi dekat Jaemin pula lah ? "
" awak pergi dekat Yoona. ", HyeIn menjeling sebelum meninggalkan tempat itu bersama Jaemin.
Jaemin hanya menggelengkan kepalanya kepada Jeno.
Jeno terkedu.
Dia menghela nafas sambil tersenyum sinis melihat mereka berdua berlalu pergi.
Minjeong turut mengejar HyeIn dan Jaemin daripada belakang disertai oleh Jisung.
" kau okay tak ni ? ", Jaemin cuba bertanyakan keadaan HyeIn yang langsung tidak berkata-kata, membuatkan mereka bertiga turut membisu.
" jom g beli aiskrim. ", Minjeong secara tiba-tiba memberikan cadangan. Bibirnya terkumat kamit memberitahu Jaemin bahawa HyeIn sangat suka makan aiskrim sehinggakan dapat melupakan masalahnya.
Jaemin hanya menuruti kata-kata Minjeong. mereka hanya duduk di meja bulat berdekatan kedai runcit dimana Jaemin membeli aiskrim.
" kau tak nak ikut jaemin ke? aku nak cakap dengan HyeIn ni. " , Minjeong cuba menghalau Jisung. Sebelum ini dia tahu masalah yang dihadapi oleh HyeIn, cuma dia tidak ingin masuk campur kerana kisah percintaannya yang semakin rumit. Minjeong hanya mendengar luahan hati HyeIn dan tidak pernah sesekali menyebelahi mana-mana pihak.
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanficCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...