The Untold Story

26 3 2
                                    

" kau nak keluar pergi mana pulak tu ? ", ibu Jeno lantang bersuara daripada dapur sebaik sahaja melihat anaknya mengambil kunci kereta dan meluru keluar. Jeno tidak menjawab dan menghempas pintu rumahnya dengan kuat.

" kenapa awak tak halau je anak kesayangan awak tu keluar rumah? ", suami baru kepada ibu kandung Jeno dengan selamba bertanya.

" rumah ni pun atas nama dia, nak halau macam mana. Sia-sia kalau kita yang dia halau. ", Puan Lee memberi jawapan ringkas dan mudah difahami.

Jeno memandu keretanya menuju ke hospital untuk melawan Puan Na, ibu kepada Jaemin setelah sekian lama dia tidak datang mengunjungi wanita yang sudah dianggap seperti ibu sendiri.

Dia melangkah perlahan-lahan sambil menundukkan kepalanya berjalan ke wad Puan Na. Terlalu banyak perkara yang mengganggu fikirannya.

" Jeno ! Lamanya tak datang tengok mama. " , wanita tersebut terus menyapa apabila dia melihat Jeno berada dimuka pintu. Riak wajahnya kelihatan sangat teruja.

Jeno hanya memberikan senyuman, dia menghampiri Puan Na dan duduk disisi katil. Belum sempat Jeno ingin bertanya khabar, mama Jaemin sudah membuka bicara sekali lagi.

" kenapa asal Jeno datang je, mesti Jeno sedih. Ada apa-apa Jeno nak bagitau mama ke ? ", Puan Na membelai lembut rambut hitam Jeno.

" Jeno harap apa yang Jeno buat ni dapat balas jasa mama dengan Jaemin. Jeno nak mama happy and dapat apa yang mama nak. ", Jeno membiarkan dirinya menangis dalam dakapan Puan Na.

Ibu bapa kandung Jeno telah bercerai sejak dia berumur 8 tahun lagi, kemudian ibunya berkahwin lain dan Jeno mempunyai seorang adik tiri dan Puan Lee sering memulaukan Jeno dengan alasan ayah kandungnya menyerahkan segala harta yang dimiliki atas nama Jeno.

Jeno kekurangan kasih sayang seorang ibu dan Puan Na yang menjaga Jeno seperti anaknya sendiri kerana Jeno merupakan sahabat Jaemin. Makan, minum bahkan pakaian Jeno dibelikan oleh Puan Na. Disebabkan itu, dia sangat menyayangi mama Jaemin sehinggakan dia sanggup melepaskan HyeIn untuk kebahagiaan Jaemin dan juga Puan Na untuk membalas jasa baik mereka sekeluarga.

" jadi  tu lah sebab kau lepaskan HyeIn. ", Jisung berbisik sendiri sambil memegang buah-buahan yang dibawa sebagai buah tangan. Dia mengetuk pintu bilik wad Puan Na sebelum melangkah masuk perlahan-lahan meletakkan buah tangan tersebut diatas meja bersebelahan dengan Jeno. Dia melemparkan senyuman manis kepada Puan Na sebelum matanya beralih kepada Jeno yang cuba menyembunyikan wajahnya. Dengan lembut, Jisung menepuk bahu Jeno dan meninggalkan bilik tersebut.

" Kau jagalah HyeIn baik-baik, aku tak bebel dah pasal perasaan kau kat HyeIn tu. Kau jaga je dia elok-elok macam mana Jeno jaga dia dulu. ", Jisung menyentuh skrin telefon pada perkataan 'send' yang tertera dan pesanan tersebut dihantar kepada Jaemin. Jaemin sudah tidak mempunyai apa-apa batas pergaulan dengan HyeIn kerana gadis itu sudah tidak mempunyai teman lelaki, ini bermaksud mereka bebas berkawan.

*****

" Kau rasa dorang ni betul-betul ke suka ? ", Jisung tiba-tiba melemparkan soalan kepada Chenle apabila dia memandang Jaemin dan juga HyeIn yang berjalan dihadapannya sambil ketawa riang. Jaemin membawa HyeIn keluar dan meminta Jisung menemani mereka kerana Encik Jung tidak mengizinkan anak perempuannya untuk keluar berdua sahaja. Tidak mahu menjadi orang ketiga, Jisung membawa Chenle.

" Jaemin memang betul suka kat HyeIn, tapi HyeIn aku tak sure lah. ", Chenle menjawab sambil matanya memerhati pasangan tersebut.

" Lagi satu, takkan lah HyeIn boleh moveon cepat macam tu je, dia ajak datang mall ni pun sebab Jeno suka bawa dia pergi sini. ", sambungnya lagi.

Mendengar apa yang dikatakan rakannya itu, Jisung tertawa kecil, " aku ingatkan aku je fikir macam tu, HyeIn takkan senang-senang lupa kat Jeno and start relationship baru dengan Jaemin. Memang tak. Jaemin cuma akan banyak makan hati je kalau dorang together. "

" tapi tu lah, HyeIn nampak macam nak bagi chance kat Jaemin. ", Chenle mengangkat kening sebelah kanannya memberi isyarat kepada Jisung untuk melihat apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya sebentar tadi.

HyeIn memakaikan gelang berwarna hitam dipergelangan tangan Jaemin, gelang yang kelihatan sangat mirip dengan gelang yang dipakainya. Jika dilihat dengan mata kasar, orang ramai akan beranggapan bahawa gelang tersebut ialah gelang pasangan, seperti yang dianggap oleh Chenle dan Jisung.

" Jaemin, jom gi makan.  Aku dah lapar. ", Jisung mempercepatkan langkahnya sambil merangkul kemas lengan kanan Jaemin.

Perbuatan Jisung diikuti oleh Chenle dengan merangkul kemas lengan kiri HyeIn. Chenle sebenarnya mengharapkan bahawa Jeno ada bersama mereka, terasa kosong hati Chenle dengan ketiadaan Jeno.

" Selamat datang ", kehadiran mereka untuk mengisi perut di Restoran Violet disambut mesra oleh pekerja disitu, bahkan ada yang mengenali HyeIn.

" Cik Jung HyeIn kan ? ", seorang pelayan perempuan menyapa dengan tersenyum manis.

" baru semalam saya tanya Cik Jeno mana HyeIn, tiba-tiba jumpa pula sekarang. ", sambungnya lagi.

" Jeno datang sini semalam ? ", Chenle mengagak, seperti yang difikirkannya, pelayan tersebut mengangguk.

Suasana menjadi kekok apabila nama Jeno disebut, tiada seorang daripada mereka yang cuba memulakan bicara kerana masing-masing tidak mahu Jaemin terasa hati.

" mesti kau selalu datang sini dengan Jeno kan ? ", Jaemin bertanya sambil menghirup jus buah dihadapannya.

" kalau kitorang jalan-jalan kat mall ni, Jeno memang selalu ajak makan kat sini sebab ada mak cik dia kerja as manager. So dah kenal. ", HyeIn memberikan penjelasan mengapa pelayan disitu mengenalinya dan bercakap tentang Jeno.

" Aku tak rasa Jeno datang semalam semata-mata nak jumpa mak cik dia. Dia mesti rindu kau. ", Jaemin tersenyum memandang HyeIn.

" kau takpayah nak cakap pasal dia boleh tak ? "

HyeIn naik berang apabila Jaemin terus-menerus bercakap mengenai Jeno, tanpa dia sedari, semua tempat yang disinggahnya pada hari tersebut ialah tempat-tempat yang menyimpan kenangan Jeno bersama dengannya. Mulut mungkin tidak menyatakan kebenaran, akan tetapi tingkah lakunya, keinginan hatinya, berpaut pada kenangan bersama Jeno.

Forced to be LovedWhere stories live. Discover now