Jaemin Vs Jeno (Part 1)

47 3 0
                                    

Semua mahasiswa yang menyertai kelab kebudayaan diminta hadir ke Fakulti Naevis pada petang ini. 

Pengumuman disebarkan dikalangan mahasiswa agar semua dapat memberi perhatian terutamanya bagi mereka yang terlibat.

Tidak terkecuali Jeno, HyeIn, Jaemin, Chenle dan juga Jisung.

Mereka semua terpaksa menyertai kelab itu bagi  memenuhi kredit yang masih berbaki.

" Hari ini, saya nak buat pengumuman. Hujung bulan ini akan diadakan majlis persaraan Prof Dr Eugene. Beliau memaklumkan bahawa ingin melihat persembahan theater daripada kelab kebudayaan. Tajuk theater tersebut ialah daripada Disney iaitu Sleeping Beauty kerana beliau ingin mengimbau kembali zaman mudanya. "

Dr Boa mengeluarkan kotak yang berisi kertas dimana kertas itu ditulis nama-nama pelajar. Lalu menyambung kata-katanya.

" Jika nama ditangan saya ialah lelaki, individu tersebut akan memainkan watak Prince Phillip. Jika perempuan, Aurora. Individu ini akan memilih watak yang seterusnya dengan hanya memanggil nama rakan. "

Sesetengah daripada mereka mengeluh, ada juga yang teruja kerana berharap dapat memainkan watak Aurora.

" Na Jaemin. "

Suasana menjadi sunyi. Ini bermaksud Jaemin akan menjadi Prince Phillip. Sebaik sahaja Jaemin maju kehadapan, dia diminta untuk memilih watak yang seterusnya iaitu Aurora.

Disebabkan dia adalah Na Jaemin, terlalu ramai pelajar perempuan yang menawarkan diri untuk menjadi pasangannya.

" Aurora. Jung HyeIn. "

Bukan setakat sepasang mata Jeno yang terbeliak, namun semua yang berada disitu tergamam.

Jisung memandang Jaemin dan menggelengkan kepalanya sebagai tanda pilihannya salah.

Keheningan itu membuatkan suasana menjadi tegang dan Dr Boa kembali bersuara.

" HyeIn. Tolong datang kehadapan. "

HyeIn akur. Langkah kakinya kehadapan diiringi dengan tawa seorang diva di dalam kelab itu.

" Maleficent watak jahat ni sesuai dengan kau Karina. ", Jaemin memandang tepat mata Karina yang ketawa melihat suasana tadi.

" Kita akan berlatih mengikut masa yang akan kamu bincang sesama sendiri tapi dengan syarat setiap hari mesti ada latihan. Laporkan kepada saya masa dan tarikh. Semua boleh bersurai. "

" Awak kenapa senyap je dari tadi ni? ", HyeIn menegur Jeno yang langsung tidak bersuara sejak daripada perjumpaan tadi.

Chenle yang turut bersama dengan mereka cuba untuk menenangkan Jeno.

" Takde apalah Jeno. Tu kan lakonan je. "

" Aku nak jumpa Jaemin. ", jawab Jeno ringkas lalu bergegas mendapatkan Jaemin.

" takpe biar aku follow dia. Kau tunggu je sini.", Ujar Chenle.

HyeIn terdiam. Dia tidak menyangka perubahan tingkah laku Jeno rupanya disebabkan Jaemin.

*****

" Na Jaemin. "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Forced to be LovedWhere stories live. Discover now