Silent Treatment

28 3 0
                                    

" HyeIn keluar bilik tu, makan. Nanti HyeIn sakit macam mana? " ayah HyeIn masih belum berputus asa memujuk anaknya yang sedang berada dalam fasa patah hati.

Sudah hampir seminggu perpisahan HyeIn dan juga Jeno, gadis itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan Jeno. Ayahnya yang sudah hilang sabar akhirnya berkata kasar, " ingat Jeno tu nak datang tengok ke HyeIn makan ke tak? Dia dah tak peduli dah pun. "

" kenapa ayah cakap macam nak salahkan HyeIn? ", pintu dibuka dengan pantas sebaik sahaja Encik Jung menghabiskan kata-kata. Dijawab persoalan HyeIn dengan ringkas.

" memang salah HyeIn "

Terkilan dengan jawapan yang diterima, gadis itu berdiri dihadapan lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an mengutarakan apa yang terbuku dalam hatinya, " kenapa ayah pun nak salahkan HyeIn ? Apa yang HyeIn buat cuma nak jaga hati orang, Jeno sepatutnya jadi orang yang paling faham HyeIn bukan tinggalkan HyeIn. Sekarang ayah pun backup dia kenapa ? Kenapa HyeIn yang salah sedangkan bukan HyeIn yang nak break up. "

" ayah tak salahkan HyeIn, cuma ayah tak boleh nak cakap Jeno yang salah semata-mata sebab HyeIn tu anak ayah. Korang ni bukan budak sekolah, jadi kalau rasa hubungan tu macam tak kan menjadi, baik putuskan je. ayah tengok pun HyeIn dengan Jeno cuma menunda masa perpisahan. Memang Jeno sepatutnya faham HyeIn, tapi bukan sebab kenapa HyeIn ada orang ketiga. Yang tu dah salah. Jaga hati siapa yang HyeIn maksudkan? Jaemin? okay lah kalau macam tu, tapi bukan ke hati Jeno yang sepatutnya HyeIn fikirkan ? "

Panjang lebar Encik Jung menasihati anak perempuannya. HyeIn tidak menafikan bahawa perpisahan itu terjadi disebabkan oleh dirinya sendiri. Dia mengambil keputusan untuk mengambil hati Jeno kembali sepertimana awal pertembungan mereka dengan harapan Jeno akan memaafkannya dan memberikan peluang kedua.

Seminggu telah berlalu, Jeno kembali kepada hidupnya yang beberapa tahun dahulu tanpa HyeIn.

Perpisahan yang didambakannya secara tidak langsung turut membuatkan diri sendiri patah hati sehinggakan dia tidak menghadiri latihan bola keranjang walaupun dihubungi beberapa kali oleh Chenle. Kini, Jeno tidak mahu melayani perasaannya, dia tidak mahu prestasinya di Universiti tergugat hanya kerana seorang perempuan.

" datang pun kau, ingatkan tarik diri dah. Couch dah nak keluarkan nama kau seminggu tak datang. " Chenle menyindir sebaik sahaja melihat kelibat Jeno.

" tengah patah hati jap, baru break up an. ", Jeno memberikan senyuman sinis. Seketika senyumannya perlahan-lahan bertukar serius apabila Chenle memuncungkan mulutnya sebagai isyarat untuk Jeno menoleh kebelakang.

" kau serious lah dah break ", diikuti kata-kata Chenle, Jeno memalingkan kepalanya.

HyeIn berlari kearah Jeno membawa sebotol air sepertimana kebiasaannya.

" Jeno! lepasni saya teman awak pergi makan nak tak ? "

" tak "

" erm kalau macam tu saya belikan makanan untuk awak. ", gadis itu bercakap dengan senyuman yang lebar.

" takpe thank you. "

" alaaa saya belikan juga tau. ", HyeIn mengeluarkan perangai manja yang pernah digunakannya suatu masa dahulu untuk mengambil hati Jeno.

" tak payah. ", wajahnya pun tidak dipandang sedikit pun oleh Jeno, malah diabaikan kehadirannya.

" Jom Chenle. ", Jeno menarik tangan Chenle ketengah gelanggang. Dapat dibayangkan perasaan HyeIn yang hancur dengan perbuatan Jeno namun dia masih belum berputus asa.

******

" Jeno, Jeno. ", semua rakan yang duduk semeja dengan Jeno semasa makan itu masing-masing memanggil namanya dan melihat pada perkara yang sama. Belum sempat dia menoleh, HyeIn sudah berada disebelahnya, selamba menegur, " saya nak duduk dengan awak tau. "

Forced to be LovedWhere stories live. Discover now