The Truth

43 3 0
                                    

" Nak pakai baju ni lah. Even pergi gelanggang pun takpe. Yang penting nampak cantik depan Jeno. " HyeIn mengenakan gaun berwarna merah hati yang dihadiahkan Jeno pada ulang tahunnya.

Dia melihat imej dirinya di dalam cermin beberapa kali untuk melihat penampilannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia melihat imej dirinya di dalam cermin beberapa kali untuk melihat penampilannya. Dia sangat berpuas hati dan melangkah keluar selepas mendengar bunyi loceng rumahnya.

" hati-hati keluar tu HyeIn "

" Baik ayah! HyeIn pergi dulu. "

HyeIn memeluk ayahnya. Dialah ayah, dialah ibu bagi HyeIn.

Jaemin kaku melihat HyeIn buat seketika. Pertama kali dia melihat HyeIn memakai gaun. Wajah HyeIn yang cantik bertambah seri dengan pakaian yang berwarna merah.

" Kau tengok apa? ", HyeIn menutup pintu kereta dengan kasar apabila menyedari Jaemin sedang memerhatinya tanpa senyuman diwajah.

" Pakai warna merah sebab Jeno ke? ", sengaja Jaemin bertanya.

" Mana kau tau. "

Jaemin tersenyum sinis, berkata sendiri, " Jeno memang tak pernah sebut pasal aku rupanya. "

Pertanyaan HyeIn akhirnya tidak dibalas.

" ni rumah aku. Turunlah. "

Jaemin membawa Hyein masuk kerumahnya. Sebaik sahaja HyeIn melangkah kaki, Puan Na menghampirinya.

" Jemputlah masuk duduk sini kat meja makan kita makan sekali jom. "

HyeIn memerhati wajah wanita itu, sungguh pucat tidak bermaya.

Dia tidak menolak pelawaan itu tetapi menerimanya dengan lemah lembut.

" Thank you aunty. ", senyuman lebar diwajahnya.

HyeIn membantu Puan Na di dapur untuk menyediakan makanan. Ketika itu segalanya terbongkar apabila Puan Na membuka bicara.

" Nanti aunty dah takde, HyeIn tolong tengokkan Nana ye. "

Gadis itu mengerutkan dahi. " Apa maksud aunty ni takde. "

" Kenapa? Aunty nak pergi bercuti lama? ", perasaan ingin tahu kuat didalam dirinya.

" Aunty sebenarnya sakit. Satu hari nanti aunty akan tinggalkan Nana dengan ayah dia. Aunty jumpa ibu HyeIn pula "

Menitis air mata dipipi Puan Na. Sebak kerana tahu masanya sudah hampir tiba. Namun, tangisan Puan Na ditemani oleh HyeIn yang serta merta memahami apa yang cuba disampaikan.

" Ma kenapa ni? "

Jaemin kebetulan tiba untuk mengambil segelas air dan menyedari ibunya sedang bersedih.

" Mama tengah borak pasal ibu HyeIn. Jadi sedih tu je. Nana ready kat dining table. Nak siap dah ni. ", segera memberikan arahan.

Jaemin akur.

Forced to be LovedWhere stories live. Discover now