" Tu lah dia HyeIn kan. "
HyeIn berada di Cafe Velvet pada petang itu sebaik sahaja kelasnya tamat untuk membeli makanan. Dia meninggalkan barang-barangnya di meja tidak jauh daripada kaunter untuk menunggu Minjeong tiba.
" Apa jadi dengan buku aku ni. ", bisik hati HyeIn apabila melihat buku dan fail miliknya habis basah dengan air teh.
Terang lagikan bersuluh, air teh tersebut bukannya tertumpah namun sengaja ditumpahkan.
Sedang gadis itu cuba menyusun kembali barang-barangnya, datang beberapa pelajar perempuan tahun 3 menghampirinya.
" macam mana kau boleh dapat Jeno dengan Jaemin sekaligus ea? "
Mereka duduk dihadapan HyeIn melihat dengan wajah yang menjengkelkan.
" Aku takde apa-apa dengan Jaemin. "
Dia cuba mengelak daripada memberitahu perkara sebenar. Sedaya upaya mempercepatkan gerakannya.
Namun secara tiba-tiba ada suara lain menghampiri, "habis tu ni apa? ", telefon bimbit dihalakan dihadapan wajah HyeIn.
Membulat mata HyeIn apabila melihat gambarnya bersama Jaemin berpegangan tangan dan menatap mata sesama sendiri.
Dia sangat terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa. Atas sebab itu, ramai pelajar perempuan menghampiri dan memandang remeh keatas dirinya.
Jeno dan Jaemin kedua-duanya sangat popular diuniversiti mereka. Disebabkan Jeno telah pun bersama HyeIn, mereka yang lain terutamanya pelajar tahun 2 dan 3 cuba mendekati Jaemin.
Apabila gambar Jaemin dan HyeIn telah pun tersebar diuniversiti, ramai pelajar perempuan yang tidak berpuas hati kerana HyeIn bukan sahaja mempermainkan Jeno, tetapi juga mengambil Jaemin yang dikejar-kejar hampir semua mahasiswi.
Sebaik sahaja mendapat peluang untuk menyakiti HyeIn, mereka tidak lagi menyembunyikan niat jahat.
" kau ni boleh tahan gatal juga ea? ", Yoona dengan sengaja menolak HyeIn sehingga dia jatuh terduduk.
Bukan itu sahaja, Irene mengotorkan pakaian HyeIn bahkan ada yang merakam. HyeIn tidak mampu mempertahankan dirinya kerana dia dikerumuni oleh gadis-gadis yang tergila-gilakan Jeno dan juga Jaemin.
" kalau kau nak Jaemin. Kau bagi je la kat aku Jeno tu. "
" kau kan dah lama dengan dia. Bagi pula kat aku. "
" kau ingat kau cantik sangat ke? Semua kau nak kebas. "
" lama aku perhati kau ni. Aku sabar je taknak gatal dengan Jeno tu. "
Pelbagai cemuhan diterima HyeIn. Gadis itu cuba bangkit untuk melepaskan diri namun Karina menarik rambutnya dengan kasar.
" Kalau nak buli sekalipun jangan tarik rambut aku! ", HyeIn membalas dengan menarik kembali rambut Karina sehinggakan getah rambutnya terlepas.
" HyeIn! "
" Karina! "
Jaemin melepaskan genggaman Karina daripada rambut HyeIn dan Jeno menolak bahu Karina menjauhi teman wanitanya.
Ketika HyeIn dibuli sebentar tadi, Minjeong tidak dapat berbuat apa-apa dan akhirnya dia pergi mendapatkan Jeno dan Jaemin.
" korang kenapa ni? "
Jaemin mengerutkan dahinya dan melihat kesemua pelajar perempuan disitu.
" Jeno, awak tak tahu kan HyeIn- "
Belum sempat Yoona menghabiskan kata-katanya, Jeno memotong dengan raut wajah yang menahan kemarahan, " tahu apa? Apa pun yang HyeIn buat, dia boleh bagitahu aku sendiri. "
ANDA SEDANG MEMBACA
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...
