" Jaemin kau tak nak ikut malam ni? "
" nope. "
" tapi kau dah lama tak datang. Jom lah. Kau taknak jadi macam dulu ke. "
" aku cakap aku tak nak. "
Jisung menyapu wajahnya untuk menahan sabar. Dia tidak mampu lagi untuk bersabar. Sejak peristiwa Jeno sudah mengetahui perihal Jaemin dan HyeIn, dia beranggapan bahawa mereka sudah kembali berbaik. Namun ego mereka berdua masih tinggi.
" Kau yang gaduh dengan Jeno. Lepastu aku dengan Chenle pula yang kena. Dah 6 tahun la Jaemin. Aku penat tau tak everytime nak jumpa Chenle kena berdolak-dalih sebab korang. "
Jaemin mengeluh ringan, " Jeno ada ke? "
" ofcourse lah ada. Kita berpecah. Chenle dengan Jeno, aku dengan kau. Mana aku pergi kau ada macam tu juga dorang. "
" HyeIn? ", tanya Jaemin lagi.
" kalau kau nak tau. HyeIn tu macam mak Chenle. Dorang rapat sangat. HyeIn panggil Chenle baby sometimes and Jeno tak pernah sekali pun marah. ", Jisung tertawa kecil apabila mengimbas kembali peristiwa dimana Chenle memanggil HyeIn sebagai mommy dan Jeno pula sebagai daddy.
" Okay. Aku ikut. "
" 9:30 malam ni. Aku ambik kau. "
Jisung sangat teruja mereka dapat berkumpul seperti biasa dan dengan spontan memeluk sahabatnya,Jaemin.
*****
" patut ke kita beli jam ni ? "HyeIn menuding jarinya kearah jam berwarna biru kepada Jeno.
" tapi Chenle tu dah banyak jam sayang. "
Jeno menjawab ringkas. Mereka sudah berpusing beberapa kali didalam Mall Krystal untuk mencari hadiah Chenle tetapi disebabkan rakan mereka itu ialah orang kaya, sukar bagi mereka untuk mencari hadiah yang sesuai.
" dah pukul 9 and kita tak dapat apa2. ", HyeIn tertawa. Jeno akhirnya membuat keputusan untuk terus menuju ke rumah Chenle tanpa membawa sebarang hadiah.
Tidak panjang perjalanan apabila mereka tiba pada pukul 9:15.
" okay dah sampai. "
Seperti biasa, Jeno akan membukakan pintu kereta untuk HyeIn.
Jeno memandang HyeIn yang baru melangkah keluar dan menghulurkan tangannya untuk disambut oleh HyeIn.
Gadis itu tersenyum manis.
" Amboi sweetnya awak berdua ni. ", Puan Zhong menyapa sambil membuka pagar rumah menyambut kehadiran mereka.
" eh aunty nak pergi mana ni? Ni kan birthday Chenle. " , Jeno bertanya.
" lah kan birthday Chenle, jadi aunty nak bagi space lah awak semua teenagers ni happy-happy. "
Balas Puan Zhong tersenyum. Alang-alang dia ingin menjemput Encik Zhong di lapangan terbang yang baru sahaja pulang dari urusan perniagaannya di luar negara.
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...