" Jeno! Jeno! "
"Jeno stop lah! ", Jaemin akhirnya berjaya menahan Jeno yang tidak ingin mendengarnya.
" Kau nak apa kejar aku? "
Jeno merenung tajam mata Jaemin.
" HyeIn salah faham okay. Kau sendiri dengar kan aku tak habis cakap lagi. Kalau kau explain kat dia mesti dia faham. "
Jaemin menjelaskan dalam keadaan mengah sesak nafas.
" kalau betul sekalipun dia salah faham kenapa nak pergi dekat kau pula? "
" Dia jealous bila dengar nama Karina. Kau expect apa bengap. "
Jeno mendiamkan diri.
" Sekarang ni kau ke aku boyfriend dia? Siapa lagi faham dia? Kau kan. "
Sambung Jaemin lagi.
" Asal kau pilih dia jadi partner kau? "
" Semua stood up nak jadi Aurora. Kau ingat aku nak layan gedik dorang tu. "
"then apa kaitan dengan HyeIn. "
" Dia tahu dia girlfriend kau. Dia takkan menggatal dengan aku. "
" Well. Memang lah semua nak jadi partner kau. Kau Na Jaemin. "
Jeno memberikan senyuman ikhlas kepada Jaemin sambil menepuk bahunya. Jaemin turut membalas dengan senyuman dan meninggalkan Jeno sendirian untuk mengambil masa bertenang.
" Jeno! "
" Iyaaaa! "
Jeno terjaga dari lamunan mengenai peristiwa pergaduhannya dengan Jaemin apabila Chenle memanggil namanya.
" Kau kenapa jerit-jerit. "
" Aku panggil kau yang tak dengar. Jom lah pergi set. Aku rasa HyeIn mesti dah tunggu tu. "
Chenle yang sebenarnya ingin berjumpa dengan Jisung menggunakan nama HyeIn agar Jeno tidak meraguinya. Chenle sendiri juga tidak dapat memahami mengapa pergaduhan antara Jaemin dan Jeno beberapa tahun lalu memberi tempias kepadanya dan juga Jisung.
*****
" Hello aunty? Ye HyeIn ni. ""Nana ada dengan HyeIn tak? Aunty call dia tak angkat. "
" Aaaa ada ada. Jap aunty."
HyeIn berlari kearah Jaemin untuk memberikan panggilan itu kepadanya.
" Jaemin nah. Mama awak. ", ketika HyeIn memberikan telefon kepada Jaemin, matanya melirik Jisung yang cuba memberikan amaran kepadanya untuk menoleh.
"Kenapa fon awak dekat Jaemin? ", HyeIn mengekalkan wajah tenang lantas menjawab.
" Ouhh. Tu mama Jaemin. Dia call saya sebab Jaemin tak angkat fon tadi. "
Jeno mengalihkan pandangan kepada Jaemin sebaik sahaja mendengar nama teman wanitanya disebut.
" Ma, HyeIn tengah busy. Nanti Nana bagitau dia okay. "
Jaemin mematikan telefon dan memulangkannya kembali kepada HyeIn.
" macam mana mama Jaemin boleh ada nombor awak? ", Jeno kembali menyoal penuh tanda tanya.
Tanpa berdolak dalih, Jaemin terus menjawab, " arwah mak HyeIn bestfriend mak aku. "
Jeno mengangguk faham. Dia tidak mahu menjadi tidak matang dan memarahi HyeIn hanya kerana cemburu. Dia cuba menahan segala syak wasangka dan tidak mengungkapkan perkara itu kepada HyeIn untuk menjaga perasaan gadis itu.
HyeIn hanya mendiamkan diri, dia tidak tahu apa yang perlu diungkapkan. Dia sendiri tahu dan sedar hubungannya dengan Jeno mengalami masalah namun kedua-duanya memilih untuk berdiam diri.
" Em HyeIn. Saya nak balik dulu. Awak lambat lagi kan nak habis? ", Hyein mengangguk.
" saya minta maaf saya tak dapat teman awak. Take care okay. Apa-apa call je saya. "
" takpe awak. Latihan kalini kan last. Harini je awak tak teman saya. "
HyeIn memberikan senyuman kepada Jeno. Perasaan serbasalah dalam dirinya bertambah kuat. Dia juga merasakan perubahan Jeno yang seakan-akan menjauhinya.
" aku nak balik sendiri. Kau stay je sini. "
Chenle yang mengekori Jeno menghentikan langkah kakinya dan melihat sahabatnya itu berlalu pergi.
" You're not supposed to let him be like that Jung HyeIn. ", Jaemin menarik tangan HyeIn untuk duduk disebelahnya.
HyeIn hanya menunggu Jaemin selesai meneguk airnya dan menghabiskan kata-kata.
" Aku nampak korang ada problem. Tapi kenapa korang tak speak up ? Tadi tu Jeno jealous and salah faham. Dia tak cakap. Nak cakap marah pun tak. Kau pula diam biar dia fikir yang bukan-bukan. "
HyeIn mengeluh ringan, " aku tak tahu nak buat apa. "
"Then kau rela lah korang jadi macam ni. ", Jaemin yang memang bersikap dingin berdiri untuk meneruskan sesi latihan.
" Semua ni jadi sebab kau Jaemin. " , bisik hati kecil HyeIn.
*****
" apa sebenarnya jadi antara awak dengan Jaemin? "" apa yang awak rahsiakan daripada saya? "
" kenapa awak nampak rapat dengan dia? "
Pelbagai soalan menganggu fikiran Jeno. Dia hanya mampu berbaring dan cuba untuk menenangkan fikirannya.
" Kalau aku tak cakap. Masalah ni takkan selesai kalau aku makan hati dengan HyeIn. "
YOU ARE READING
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...