The War Begin

28 3 0
                                    

" ayah sebenarnya sikit pun tak nak ambik tahu pasal masalah awak bertiga ni. Kamu ni masing-masing dah 23, bercinta tu biar sampai kahwin. Tapi makin lama ayah tengok HyeIn dengan Jaemin ni makin menjadi-jadi. "

Encik Jung memerhati wajah setiap seorang daripada mereka yang hanya membisu dan memandang kaki masing-masing.

Jeno juga tidak berani untuk mengangkat wajahnya kerana HyeIn duduk betul-betul dihadapannya. Dia risau jika gadis itu memarahinya atas apa yang sedang berlaku.

" ayah tahu kan kitorang bukan saje-saje act macam ni. HyeIn dah cerita kat ayah apa jadi sebenarnya. ", HyeIn mengerutkan dahinya, nada suara masih dalam kawalan.

" act macam apa ? Bukan ke depan mama Jaemin je patutnya macam ni ? ", Encik Jung kembali melawan anaknya.

Seperti yang disangkakan, HyeIn kembali menjawab. Nadanya bertukar menjadi semakin kasar.
" ayah nak backup Jeno sangat ni kenapa? "

" awak cakap apa kat ayah ? ", dia memalingkan wajahnya kepada Jeno dengan lirikan mata yang tajam.

Keadaan yang sangat tegang menyebabkan Jeno berdiri untuk menghentikan pergaduhan mereka.

" pak cik, saya takde niat nak keruhkan keadaan. Jangan lah marah HyeIn. Takpe. Saya mintak maaf sangat-sangat. "

" duduk. ", Encik Jung semakin naik berang dengan tingkah laku anak perempuannya yang biadab. Dia mengarahkan Jeno untuk duduk dan tidak meninggalkan rumah mereka.

Jaemin dan juga Chenle masih berdiam diri.

" biadab sangat ni kenapa? ", Encik Jung menjegilkan matanya.

" ayah tahu tak HyeIn keluar dengan Jaemin ni pun sebab Jeno kesayangan ayah ni melayan perempuan yang suka dia. "

" awak tahu tak kenapa saya buat macam tu ? ", Jeno akhirnya bersuara kembali membela dirinya apabila HyeIn seakan-akan ingin meletakkan kesalahan atas dirinya.

" Apa sebab awak? Sebab saya dengan Jaemin? Awak tahu kitorang ni apa kan. Kenapa awak nak balas balik? Tak relevan pulak tu alasan awak. "

" alasan? ", Jeno tersenyum sinis sebelum menyambung kata-katanya.

" saya dengar awak cakap dengan ayah awak. Buat apa awak dengan saya kalau end up awak akan dengan Jaemin? Awak dah ada niat nak tinggalkan saya. "

Semua mata kini tertumpu pada Jeno. Raut wajah HyeIn yang tadinya kelihatan marah kini terkejut.

Encik Jung memandang anak perempuannya menunggu jawapan yang akan diberikan kepada Jeno. Senyuman disembunyikan.

Jaemin berasa tidak selesa dengan situasi tersebut. Tambahan pula permasalahan yang wujud itu disebabkan oleh dirinya.

" saya minta maaf. Tapi saya rasa baik saya balik dulu. ", Jaemin lantas berdiri.

Encik Jung tidak menghalang niat Jaemin untuk meninggalkan rumah itu. Chenle yang tidak berbuat apa-apa daripada tadi turut berdiri mengekori Jaemin.

" Jaemin. ", Chenle mempercepatkan langkahnya.

" kenapa? ", jawab Jaemin sambil berdiri disebelah pintu pemandu kereta.

" Aku ada benda nak cakap dengan kau. "

" kau balik dengan Jeno kan patutnya? ", soalan dilontarkan sebelum dijawab soalan yang ditanya oleh Chenle.

Chenle mengangguk kepalanya berulang kali.

" cakap dalam kereta. Aku hantar kau balik. ", Jaemin menutup pintu kereta selepas memberi isyarat kepada Chenle untuk menaiki kereta bersamanya.

" kau nak cakap apa? "

" aku rasa kau patut bagitau Jeno benda betul pasal Karina tu. ", Chenle terus melontarkan kata-katanya.

" benda tu dah lama lah. Aku malas nak ungkit dah. "

" isu dia bukan dah lama ke tak. Tapi kau dengan Jeno tu. Korang tak nak berbaik langsung ke ? ", Chenle mula meninggikan suaranya, badan dihadapkan pada Jaemin dan memandang tepat sepasang matanya.

" kalau ye pun aku nak bagitau benda betul. Untuk apa? Sekarang dia dengan HyeIn pun ada masalah sebab aku. Kalau bukan gaduh sebab Karina, kitorang salah faham lagi sebab HyeIn. ", Jaemin menjawab pertanyaan Chenle dengan tenang namun nadanya sedikit menyeramkan.

Chenle hanya menghela nafas berat dan mengalihkan pandangannya ke luar tingkap mengimbas kembali saat-saat Jeno menganggap Karina curang dengannya.

Jeno tidak menyelidik apa yang terjadi dan terus menyerang Jaemin ketika itu.

Apa yang membuatkan Chenle dan juga Jisung hairan ialah apabila Jaemin tidak memberitahu Jeno bahawa Karina itu sebenarnya teman wanitanya sebelum bersama dengan Jeno.

Dialah yang dicurangi namun Jeno tidak mengetahui perihal itu kerana Jaemin telah menghalang lagi dua bersahabat itu untuk memberitahunya.

***

" bincanglah berdua. ", Encik Jung bangkit daripada kerusi dan meninggalkan pasangan kekasih itu disitu.

Jeno menatap wajah HyeIn, menanti perkataan yang akan meniti dibibirnya.

" saya bukannya nak tinggalkan awak. Tapi saya tak tahu kenapa tiba-tiba overthinking. ", HyeIn menjelaskan perasaannya. Apa yang telah menyebabkan dia berfikir seperti demikian.

" kenapa awak tak bagitau saya apa yang awak fikir? Apa yang menganggu awak? "

HyeIn hanya menundukkan wajahnya sambil menunggu Jeno yang masih meluahkan perasaannya.

" saya sepatutnya yang overthinking. Awak yang ada lelaki lain bukannya saya, HyeIn. Awak tak tahu setiap malam saya risau perasaan awak akan berubah. "

" Jeno... ", HyeIn berdiri cuba menghentikan teman lelakinya yang ingin beredar.

" awak nak apa lagi dari saya? Awak dah mula sukakan Jaemin? Pergi lah. ", Jeno terus melangkah kaki keluar meninggalkan HyeIn yang terdiam seribu bahasa.

" saya akan hilangkan perasaan saya untuk lepaskan awak Jung HyeIn ", Jeno berbisik sendiri.

Forced to be LovedWhere stories live. Discover now