" Jeno okay? Kenapa nampak sedih je? "
Puan Na memegang tangan Jeno yang sedang duduk disisinya. Muka Jeno langsung tiada riak kegembiraan.
Kalau lah mama tahu HyeIn tu sebenarnya girlfriend Jeno, mesti mama terkejut.
Jeno berbisik didalam hatinya mendengar soalan yang diajukan Puan Na secara tiba-tiba.
" Jeno yang sepatutnya tanya mama soalan tu. Mama okay ? "
" of course mama okay. Anak-anak mama ada dengan mama. HyeIn pun ada dengan mama. "
Jeno sangat akrab dengan Puan Na sehinggakan dia menggelarkan Puan Na itu sebagai mama.
Dia tidak dapat mengawal dirinya daripada bertanyakan soal hubungan Jaemin dan juga HyeIn. Akhirnya soalan yang bermain difikirannya menitip dibibir.
" Mama, mama nak hubungan Jaemin dengan HyeIn sejauh mana? "
" sampai kahwin. Takkan bercinta lepastu putus kan. " , Puan Na tersenyum.
Jeno menundukkan wajahnya, " kan. Mestilah sampai kahwin. Takkan putus."
Air mata Jeno secara tiba-tiba gugur membasahi pipinya. Puan Na terkejut dengan reaksi Jeno lalu memeluknya dengan erat.
" Jeno kenapa ni ? Girlfriend Jeno tinggalkan Jeno ke ? ", kata Puan Na sambil mengusap belakangnya.
" Jeno takut hilang dia ma... "
Jauh didalam sudut hati Jeno, dia ingin memberitahu siapa sebenarnya teman wanitanya namun keadaan tidak mengizinkan.
Jaemin yang baru sahaja ingin melangkah masuk melihat ibunya, dengan serta merta membatalkan niatnya.
Dia menarik tangan HyeIn supaya tidak menganggu perbualan mereka.
" kenapa? " , HyeIn bertanya ringkas.
Jaemin meletakkan jari telunjuk dibibir sebagai isyarat meminta HyeIn untuk berdiam diri.
Gadis itu akur berdiam diri dan kekal disisi Jaemin. Setiap kata yang didengarinya perlahan-lahan membuat dirinya rebah di belakang pintu wad pesakit ibunya.
Aku tak nak ambil HyeIn daripada kau Jeno, aku tahu kau dah lama dengan dia. Kenapa kau tak terus terang dengan mama girlfriend aku ni sebenarnya girlfriend kau.
Air matanya menitis. HyeIn yang turut mendengar kata-kata Jeno tidak dapat menahan air matanya apabila mengetahui suatu hari nanti dia perlu meninggalkan Jeno untuk Jaemin.
Dia mula memikirkan bahawa dia ingin memutuskan hubungannya dengan Jeno. Jika dia perlu bersama Jaemin di pengakhiran cerita, mengapa dia perlu meneruskan hubungannya dengan Jeno.
Namun ketika ini, bukanlah perasaannya yang perlu dirisaukan, tetapi hati Jaemin yang serbasalah diantara ibu dan juga sahabat.
Apabila bunyi tapak kaki menghampiri, mereka berdua bangkit dengan segera. Jaemin berlari ke tandas kerana dia tidak mahu ibunya melihat dia menangis.
HyeIn hanya berdiri dihadapan Jeno menatap matanya. Secara spontan gadis itu mengiringi teman lelaki sebenarnya duduk di kerusi berhampiran.
Dia tahu bahawa perasaan dan juga fikirannya sangat bercelaru.
" sayang, awak okay ? "
Perlahan suara HyeIn menyapa Jeno yang mengesat air mata.
" saya sedih je tadi. ", Jeno tersenyum.
" sedih sebab? "
" takde apa lah sayang. " , balas Jeno sambil mengusap lembut rambut HyeIn.
HyeIn hanya tersenyum. Mengetahui Jeno kekal merahsiakan perkara itu darinya membuatkan dia berasa tenang. Dia menganggap bahawa Jeno tidak akan sesekali melepaskannya pergi.
Jaemin kenapa kau mula sukakan dia! Kau tak boleh suka dia. Jeno tu kawan baik kau. Tak kesah lah apa pun pernah jadi antara korang, hubungan persahabatan tu takkan pernah putus.
Jaemin memarahi dirinya sendiri didalam tandas. Air mata yang berguguran jatuh dihadapan HyeIn sebentar tadi bukanlah kerana Puan Na ataupun Jeno tetapi disebabkan hatinya yang mula jatuh pada gadis bernama Jung HyeIn dan dia tahu bahawa dia perlu merelakan gadis itu pergi.
" Jaemin. Tu kau ke ? "
Jisung yang baru sahaja tiba untuk melawat Puan Na secara kebetulan baru sahaja tiba di tandas untuk membasuh tangannya. Namun dia terdengar rintihan suara yang dikenalinya lantas menegur.
Seketika dia menunggu suara itu untuk membalas, pintu tandas tersebut dibuka.
" Jaemin! Kau kenapa ni ! " , Jisung terus mendapatkan Jaemin yang kelihatan seperti ingin rebah.
" aku sakit... " , Jaemin merintih.
Jisung terus memapah Jaemin membawanya ke kerusi berdekatan diluar tandas tersebut.
" sakit apa ? Kat mana ? " , soalnya kerisauan.
" sini...aku sakit kat sini. ", Jaemin menepuk-nepuk dadanya beberapa kali. Jisung tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya menunggu luahan hati Jaemin.
" aku dah mula sukakan dia, tapi bila aku dengar Jeno nangis sebab mak aku cakap hubungan kitorang mesti akan sampai kawin, aku rasa sedih sangat Jie, aku tau aku takkan dapat dia and aku taknak hancurkan hati Jeno juga. " , sambung Jaemin lagi.
Jisung yang sudah mengagak daripada awal cuba menenangkan sahabatnya.
" Jangan lemah macam ni Jaemin. Ingat yang kau buat semua ni sebab mama kau. Bukan kau saje-saje. Perasaan kau tu hadir tak diundang. And dia akan pergi juga. "
*****
" Ayah, HyeIn ada benda nak tanya ayah. " , HyeIn terus mendapatkan ayahnya yang sedang menonton televisyen sebaik sahaja dia tiba dirumah.
" tanya lah. Sini duduk dengan ayah. ", Encik Jung mengalihkan bantal yang berada disisinya.
" kawan HyeIn ada boyfriend, dalam masa yang sama kan dia ada kawan yang mak dia sakit. And mak kawan dia tu ada anak lelaki. Lepastu dia nak sangat anak lelaki dia tu dengan kawan HyeIn ni. So kawan HyeIn ni tolong lah lelaki tu jadi fake girlfriend dia je. Tapi- "
" HyeIn nak tanya ayah sama ada Jeno or Jaemin ke ? "
Tanpa berdolak dalih, ayah HyeIn terus bertanyakan soalan yang sememangnya ingin ditanya oleh anak perempuan kesayangannya.
" Ha? "
" takpayah nak sorok-sorok. Ayah tahu masalah HyeIn. "
HyeIn tidak dapat menyembunyikan masalahnya, air mata mula berlinang dan bertindak menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan.
" HyeIn dah mula sukakan Jaemin ke ? "
" tak ayah. HyeIn sayang sangat dengan Jeno. Tapi tadi... HyeIn dengar yang mama Jaemin nak kitorang ada hubungan ni sampai kahwin. HyeIn risaukan Jeno. Macam mana kalau HyeIn kena tinggalkan dia. "
" nak tak nak, semua tu atas diri HyeIn. Kenapa HyeIn nak biarkan orang lain tentukan masa depan HyeIn. HyeIn nak dengan Jaemin sebab mama Jaemin semata atau bahagia dengan Jeno yang sememangnya pilihan hati HyeIn. ", ayahnya cuba memberikan nasihat.
Gadis itu terdiam.
Jadi awak ada rasa nak tinggalkan saya sayang ? Sebab awak dengar apa mama Jaemin cakap dengan saya ?
Jeno yang sebenarnya belum lagi pulang setelah menghantar HyeIn, terdengar perbualan ayah dan teman wanitanya.
Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan halaman rumah bersama beg tangan HyeIn yang ingin dipulangkannya sebentar tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Forced to be Loved
FanfictionCerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...
