Cerita ini bermula apabila Puan Na jatuh sakit. Kanser yang dihidapinya menyebabkan tempoh masanya untuk hidup didunia ini menjadi singkat. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang sedang menyambung pelajarannya di Universiti NCT. Dia mempunyai hajat...
HyeIn menyingkap gaun putihnya bagi memudahkan dia untuk berlari mendapatkan Jeno.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" awak buat apa hujan-hujan ni! Awak tak nampak ke ni ribut! ", HyeIn berlutut dihadapan Jeno yang sedang menunduk, memegang erat lengan Jeno untuk menyedarkan dirinya daripada marah yang tidak terkawal. Dia dapat rasakan kekecewaan Jeno. Selama mereka bersama, tidak pernah sekalipun Jeno menitiskan air mata melainkan pada hari itu.
Air mata mula bergenang di mata HyeIn namun tidak kelihatan disebabkan titisan hujan yang deras.
" Saya minta maaf... Ikut saya kita masuk dalam... Nanti awak demam... "
Suara sayu yang didengari, melembutkan hati Jeno. Dia tidak sampai hati melihat gadis itu menangis dihadapannya. Jeno membuka hoodie berwarna hitam yang dipakainya dan melindungi HyeIn daripada terkena hujan. Dia langsung tidak berkata-kata, hanya mengiringi HyeIn untuk berteduh.
" aku tak nak tunggu dah. Jom lah. "
Jaemin mengajak Jisung kembali ke dalam dewan. Jisung yang menyaksikan drama HyeIn dan Jeno serta merta mengejar Jaemin kerana Jaemin yang memegang payung untuk mereka berteduh daripada hujan.
" Kenapa kau tiba-tiba je nak masuk dewan balik. "
Jisung persoalkan tindakan Jaemin.
" cukup aku tahu Jeno tak berkasar dengan HyeIn. "
" Apa maksud kau? "
Jaemin membalas pertanyaan Jisung dengan senyuman membuatkan Jisung tertanya-tanya.
Belum sempat Jisung melanjutkan pertanyaan, telefon Jaemin berdering.
" Ah hello HyeIn. Kenapa? "
" boleh kau datang Cafe Velvet sekarang? "
Jaemin memberi isyarat kepada Jisung bahawa dia perlu beredar dan sahabatnya itu hanya akur.
Mata Jaemin melilau mencari kelibat HyeIn di Cafe Velvet. Dia mula melangkah apabila terlihat HyeIn yang duduk bersama Jeno.
Suasana kelihatan sangat tegang kerana Jeno langsung tidak berbicara kepada HyeIn.
Setibanya di meja mereka, Jaemin memecahkan keheningan.
" Em hai. "
Jeno mengangkat wajahnya melihat Jaemin sambil meletakkan telefon bimbitnya disebelah untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh mereka.
" Aku tak nak sorok benda ni dari Jeno. "
HyeIn berbicara dengan sangat perlahan.
" Okay. Kalau kau okay nak bagitahu. "
Mereka bertiga memandang sesama sendiri. Jeno mengangkat keningnya sebagai tanda mempersoalkan apa yang sedang mereka bincangkan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Disebabkan HyeIn enggan untuk berbicara, Jaemin mengambil alih untuk menerangkan apa yang sedang terjadi.
" Jeno. Aku pernah cakap kan arwah mama HyeIn bestfriend mama aku. Aku ada fake relationship dengan HyeIn sebab mama aku. "
" mama aku percayakan HyeIn untuk jaga aku that's why dia minta aku date dengan HyeIn. "
" tapi awak jangan risau. Kitorang acting depan mama Jaemin je. Kitorang memang takde apa-apa. "
HyeIn mencelah.
" Jaemin terpaksa minta tolong saya sebab- "
" Mama Jaemin penghidap kanser. "
Jeno memotong percakapan HyeIn.
" awak tahu? "
" kau tahu? "
Jaemin dan HyeIn serentak bertanya.
" Mama kau tak tahu kan kita dah tak kawan macam dulu? "
***** //THROWBACK//
Hari sebelum Jaemin mengetahui bahawa ibunya penghidap kanser.
" aunty. Jeno ni. "
" eh masuk lah. Takpe. Aunty kat dapur. "
Jeno melangkah masuk keruang tamu. Sebaik sahaja dia melihat Puan Na keluar, dia hairan mengapa wajah ibu sahabatnya itu sangat pucat.
" aunty. Kenapa pucat sangat ni? Tak sihat ke? "
" alang-alang Jeno tanya, aunty memang nak bagitahu. Sebenarnya aunty panggil ni nak minta tolong. "
Jeno memandang wajah Puan Na dengan serius.
" aunty sebenarnya ada kanser... Jaemin tak tahu pasal ni. Aunty dah tak larat nak check up bergantung dengan ubat. Aunty nak minta tolong Jeno tolong jagakan Jaemin untuk aunty. Ayah dia busy kerja nak tanggung kos perubatan. Pengajian dia lagi. Aunty harap Jeno dapat rahsiakan daripada dia... " , sayu Puan Na berkongsikan cerita.
Jeno terdiam. Dia sangat terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia berjanji dengan sepenuh hati bahawa dia akan menjaga Jaemin seperti dia menjaga dirinya sendiri.
" Dulu aunty selalu cerita dengan kawan baik aunty. Tapi sekarang dia dah takde... Aunty bagitau Jeno sebab Jeno kawan baik Jaemin. Tahu luar dalam anak aunty tu. "
Jeno menjadi sebak. Perbalahan antara mereka berdua diketepikan sementara waktu. Sejak daripada itu, Jeno kadang kala mengawasi Jaemin tanpa pengetahuannya.
// END OF THROWBACK //
***** " dua hari lepas mama kau bagitau aku. Kau dah ada girlfriend. Dia happy sangat sebab finally kau terima suggestion terakhir dia. Permintaan yang dia nak sangat-sangat kau tunaikan. Aku happy untuk kau. Tapi aku tak tahu end up perempuan yang mama kau mention tu sebenarnya girlfriend aku. "
Jaemin menahan air matanya daripada jatuh. Ingat kembali mengenai kanser yang ditanggung ibunya membuatkan dia sangat sedih. Selama ini persahabatannya dengan Jeno tidak pernah putus.
" saya minta maaf sebab saya tak jujur dengan awak... Kalau saya tahu awak sebenarnya bestfriend Jaemin. Saya takkan rahsiakan pun dari awak ", panik HyeIn menjelaskan sebaik sahaja mengetahui kebenaran bahawa Jeno juga mengenali Puan Na dengan sangat rapat.
" Apa yang saya nak awak buat cuma jujur dengan saya. Saya kecewa bila saya tahu girlfriend Jaemin tu sebenarnya awak. Kenapa awak tak bagitahu saya dari awal. "
Jeno cuba sedaya upaya untuk memahami HyeIn yang tidak berlaku jujur dengannya. Meskipun dia kecewa dan tidak sesekali menginginkan perkara itu berlaku. Namun sekarang ini dia ialah orang tengah.
Dia bukan sahaja perlu memahami HyeIn, tetapi juga sahabatnya,Jaemin.
Jeno akhirnya merelakan hubungan palsu sahabat dan teman wanitanya. Perasaan cemburu yang mungkin hadir ketika melihat mereka bersama membuatkan Jeno risau dia berubah menjadi tidak matang.
Kerelaan yang dipaksa membuatkan Jeno tewas dengan air mata. Dia risau jika perkara yang berlaku diantaranya dengan Jaemin disebabkan Karina akan berulang kembali.